Rafizi bina kekayaan guna derma orang ramai?

#PRU15

Rafizi bina kekayaan guna derma orang ramai?

Penyandang kerusi Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon mempersoalkan sama ada jika Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli membina kekayaannya dengan menggunakan sumbangan orang ramai.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rashid – yang pernah berpaling tadah daripada PKR ke Bersatu – menggesa Rafizi menjawab beberapa soalan mengenai pegangannya dalam syarikat Invoke Solutions Sdn Bhd, demi kepentingan akauntabiliti awam.

“Adakah Rafizi bersetuju Invoke menerima sokongan awam termasuk melalui beberapa cara kutipan dana, walaupun beliau telah memasukkan wang beliau sendiri?



“Adakah Rafizi bersetuju bahawa saham Invoke yang kini bernilai berjuta-juta ringgit adalah sebab sokongan orang ramai dan publisiti terhadapnya untuk mendapatkan pilihan raya yang adil.

“Mengapakah setelah diumumkan pada tahun 2017 bahawa Invoke bukanlah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan peribadi termasuk pemegang saham,beliau menyimpan saham yang telah berkaliganda nilainya sebagai harta peribadi beliau?

“Dalam memegang kepada kenyataan beliau sendiri pada tahun 2017 bahawa Invoke adalah satu entiti tidak berasaskan keuntungan (non-profit), adalah Rafizi akan menubuhkan suatu amanah atas saham-saham untuk kepentingan awam atau beliau masih terus memegang saham itu sebagai milik peribadi beliau?” soal Rashid.

Kenyataannya itu dibuat susulan tindakan Rafizi pada 2 November lalu yang mengisytiharkan hartanya sebelum bertanding di kawasan parlimen Pandan.



“Invoke ditubuhkan oleh Rafizi kononnya untuk kepentingan awam. Invoke telah merayu dan menerima sokongan orang ramai melalui beberapa cara kutipan dana,” kata Rashid.

Tambahnya, Rafizi tidak boleh menafikan perkara ini kerana maklumat tersebut boleh didapati melalui laman web pemimpin PKR itu.

“Adalah satu perkara yang tidak boleh dipertikaikan bahawa Invoke dibina berasaskan sokongan orangramai. Orang ramai yang menyokong Invoke kerana mereka dijamin oleh Rafizi bahawa Invoke wujud untuk memastikan pilihanraya yang adil.

“Mereka menyokong untuk satu tujuan yang murni, bukan untuk memperkayakan mana-mana individu.



“Tetapi bukankah kini jelas bahawa Rafizi telah diperkayakan oleh Invoke? Saham tersebut bernilai RM16.7 juta kini, menurut pengisytiharan beliau sendiri,” kata Rashid, sambil mendakwa bahawa pegangan Rafizi dalam syarikat itu bernilai RM16.7 juta sekarang.

Rafizi sebelum ini berkongsi bahawa sehingga 31 Okt lalu, aset bersihnya bernilai RM18,851,350. Hanya lebih RM1.1 juta dalam simpanan dan KWSP, manakala RM16.7 juta melalui pegangannya dalam syarikat Invoke Solutions Sdn Bhd.

“Walaupun Rafizi tidak menjual atau melupuskan saham tersebut dalam masa terdekat, ia bernilai jutaan ringgit kekayaan yang beliau memiliki. Sumber kekayaan ini adalah initiatif berciri kepentingan awam iaitu Invoke.

“Beliau telah mengaut keuntungan, dan keuntungan yang begitu lumayan. Rakyat biasa Malaysia hanya sekadar mampu bermimpi untuk mengecapi RM16 juta, walaupun bekerja keseluruhan riwayat hidup mereka,” kata bekas pemimpin PKR itu.

Rashid berkata timbalan presiden PKR itu juga gagal menyatakan bahawa saham tersebut dipegang atas amanah untuk digunakan melalui program awam atau inisiatif lain yang akan memberi manfaat kepada orang ramai.

“Ia hanya diisytiharkan sebagai hartanya sendiri, milikan beliau dan sebagai sebahagian harta peribadi beliau. Beliau juga tidak menyatakan bahawa beliau adalah pemilik nominal. Rafizi adalah pemilik berfaedah yang mutlak,” kata Rashid lagi.

Sementara itu, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii menyifatkan kekayaan yang dimiliki Rafizi dalam tempoh singkat adalah mencurigakan.

Oleh itu katanya, bukan saja Rafizi perlu memberi penjelasan terperinci, malah siasatan juga perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengetahui punca kekayaan pemimpin PKR itu.

“Kita nak tanya Rafizi tentang aset yang didedahkan yang bernilai hampir RM19 juta dan ianya jumlah yang besar bagi orang politik dan orang telah berhenti kerja dalam bidang profesional.

“Saya tak pasti gajinya dengan Petronas dulu berapa, kalau RM200,000 (sebulan), RM18 juta dalam masa Lima tahun itu sesuatu yang menakjubkan, apatah lagi kita tahu Rafizi tak pandai meniaga. Ada tuduhan dua syarikat yang beliau uruskan termasuklah Invoke mengalami kerugian.

“Dan kita percaya Rafizi ini kerjanya mengutip sumbangan rakyat, melalui NGO dan syarikatnya. Rafizi perlu jelaskan perkara ini dan saya minta SPRM siasat hasil yang beliau dapat RM19 juta itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Rabu lalu, Rafizi yang juga calon PKR bagi Parlimen Pandan mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Pengisytiharan itu dibuat susulan syarat PKR supaya calonnya dalam pilihan raya umum 19 November ini berbuat demikian.

Berdasarkan pengisythiran yang dibuat Rafizi, kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke Sdn Bhd, syarikat tinjauan awam yang diasaskannya.

Jumlah ini, termasuk pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insuran di Prudental.

Dalam pada itu Razlan membidas Rafizi yang melabur dalam Boustead, namun dalam masa sama menyerang isu pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang dibangunkan Boustead.

“LCS ini dibangunkan oleh Boustead, satu-satunya syarikat yang dia (Rafizi) laburkan (dalam pengisytiharan harta) adalah dalam Boustead.

“Dalam masa dia menuduh pelbagai salah laku dalam Boustead, dia mengambil keputusan untuk melabur dengan Boustead, jadi Rafizi kena jelaskanlah,” katanya lagi. Mk

Rafizi bina kekayaan guna derma orang ramai?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker