Kit ujian kendiri Covid-19 siap minggu depan

Kit ujian kendiri Covid-19 siap minggu depan

Panduan penggunaan kit ujian kendiri sampel air liur siap minggu depan, kata Noor Hisham

Dua kit ujian air liur untuk saringan kendiri (Rapid Antigen Test) Covid-19 telah selesai dikaji oleh Institut Kajian Perubatan (IMR).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua kaedah saringan kendiri itu mempunyai nilai sensitiviti melebihi 90 peratus.

“Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memperincikan panduan pengunaannya dan Insya-Allah akan selesai minggu depan,” katanya menerusi satu kemaskini status di laman Facebook hari ini.

Noor Hisham sebelum ini memaklumkan bahawa menerusi penggunaan kaedah saringan kendiri itu, individu tidak perlu lagi hadir ke fasiliti kesihatan untuk membuat saringan awal bagi mengesan Covid-19.

Kenyataan daripada Noor Hisham
“Selain ujian RT-PCR dan RTK Antigen, kita ada dua teknik yang guna air liur. Jadi kita akan gunakan kaedah ini dan ada lagi satu ujian yang boleh dilakukan sendiri oleh bukan petugas kesihatan buat iaitu menggunakan air liur,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! pada 14 Jun lalu melaporkan tentang kit ujian air liur untuk saringan kendiri Covid-19 akan berada di pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dilaporkan berkata, orang awam juga disaran membuat aduan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) jika kos saringan fasiliti swasta lebih mahal daripada harga ditetapkan kerajaan.

Kit ujian kendiri Covid-19 siap minggu depan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman

Dulu curi TV sekarang ikan – Bos Mydin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker