Pendakwaan terhadap ketua pemuda Amanah gugur tanda kerajaan madani hormat hak sivil

 

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melepaskan Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda daripada pertuduhan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012.

Peguamnya Faiz Fadzil berkata susulan representasi yang dihantar pada 17 Mac lalu pihak pendakwa raya telah menarik balik pertuduhan terhadap Hasbie atas dakwaan kesalahan pelanggaran seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).



“Keputusan ini adalah satu permulaan positif kerajaan madani yang menghormati hak dan kebebasan sivil untuk berhimpun dan menyatakan pandangan sepertimana dinyatakan dalam Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu Hasbie yang juga ahli Dewan Negara bersama dua individu lain dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur berhubung perhimpunan ‘Turun Malaysia’ yang membantah kenaikan harga barang di Masjid Kampung Baru pada 1 Julai tahun lalu.

Hasbie Muda

Turut didakwa adalah Ketua Pemuda PKR Batu Muhammad Sabda Suluh Lestari Yahya dan Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Aliff Naif.

Kira-kira 100 orang hadir dalam protes itu yang berlangsung kira-kira sejam selepas solat Jumaat.



Himpunan Bantah Kenaikan Harga Barang yang rata-ratanya dikendalikan oleh pemimpin Amanah mengemukakan tiga tuntutan kepada kerajaan dalam isu menangani kenaikan harga barang.

Tuntutan tersebut adalah mengembalikan semula subsidi makanan, menghapuskan permit import (AP) bekalan makanan import dan memanggil sidang khas parlimen untuk membincangkan masalah bekalan makanan.

Sementara itu Faiz berkata perhimpunan aman yang diadakan pada 1 Julai oleh Amanah itu adalah bagi memperjuangkan isu kos sara hidup.

Dengan keputusan ini katanya, perjuangan kerajaan madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan isu kos sara hidup rakyat ini dilihat benar-benar telus.



“Ini kerana perhimpunan aman itu dianggap tidak lagi menyalahi undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?

Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa



Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker