Gandingan KJ dan Tengku Zafrul bawa kecemerlangan BN Selangor

PETALING JAYA: Pencalonan Khairy Jamaluddin dan Tengku Zafrul Abdul Aziz dilihat memberikan nafas baharu kepada Barisan Nasional (BN) Selangor, yang memerlukan suntikan semangat untuk menghadapi Pakatan Harapan (PH) yang memerintah negeri sejak tiga penggal lalu.

Azmi Hassan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata pencalonan bekas menteri kesihatan dan bekas menteri kewangan itu menunjukkan kepada pengundi kesungguhan BN menawan kerusi-kerusi Parlimen di Selangor, dan negeri itu pada PRN akan datang.

Beliau juga menggambarkan Khairy dan Tengku Zafrul itu sebagai ‘tawaran baharu’ BN kepada pengundi Selangor.

“Sepertimana kehadiran Anwar Ibrahim di Tambun memberi semangat untuk Pakatan Harapan alam misi mereka menawan Perak. Ini bukan strategi untuk PRU sahaja tetapi petanda bahawa BN mahu menawan Selangor,” jelas Azmi kepada FMT.

Meskipun kehadiran Khairy dan Tengku Zafrul boleh menguatkan BN di Selangor, Azizuddin Sani di Universiti Utara Malaysia mengingatkan bahawa mereka ini bertanding di ‘kawasan PH’.

“Bergantung kepada penerimaan pengundi tempatan pada mereka,” katanya.

Sementara itu, Awang Azman Awang Pawi di Universiti Malaya (UM) percaya BN mempertaruhkan Khairy dan Tengku Zafrul untuk menyelamatkan Umno di Selangor, yang dilihat lemah sejak 2008.

Beliau menolak andaian bahawa pucuk pimpinan BN mahu membunuh kerjaya politik Khairy, sebaliknya ia usaha untuk menembusi ‘kubu kuat’ PH menggunakan calon-calon popular.

Katanya, PH juga pernah melakukan strategi sama di Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor, serta di Perak kini.

“Kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapatkan sagunya,” katanya kepada FMT.

Pada PRU14, calon-calon yang bertanding atas tiket PKR dominan di Sungai Buloh (majoriti 26,634 undi) dan Kuala Selangor (8,498 undi).

PKR turut membolot DUN Paya Jaras (12,072) dan Kota Damansara (15,703) bawah Sungai Buloh, serta Bukit Melawati (2,695) dan Ijok (2,114) bawah Kuala Selangor.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker