Seludup emas, wang asing bernilai RM 1.6 juta dalam rambut palsu


NEW DELHI- Dua lelaki ditahan pihak berkuasa India kerana menyeludup serbuk emas dan duit mata wang asing bernilai AS$382,943 (RM1.6 juta) dalam rambut palsu di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, baru-baru ini.

Menurut akhbar Daily Mail kelmarin, Maghroob Akbarali dan Zubair Hassan Rafyutheen ditahan ketika mahu meninggalkan lapangan terbang selepas tiba dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Pihak kastam bertindak menahan mereka berdua selepas menyedari gaya rambut milik Maghroob dan Zubair kelihatan mencurigakan.

Ketika pemeriksaan dijalankan, pegawai kastam berjaya menemui dua paket serbuk emas seberat 698 gram di bahagian tengah kepala yang dibotakkan dan ditutupi rambut palsu.

Menerusi paparan rakaman video yang didedahkan media tempatan, Newslions Media, pihak berkuasa mengopek bahagian belakang kepala kedua-kedua suspek bagi mencabut rambut palsu yang dipakai.

Sebaik sahaja rambut palsu diangkat, terdapat paket hitam berisi duit mata wang asing beserta pes emas yang ditampal di tengah-tengah kulit kepala mereka.

Serbuk emas turut ditemui di dalam stokin dan bahagian rektum kedua-dua suspek. Agensi

Rokok seludup bernilai RM1.3 juta berjaya dirampas

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker