Wakili BN di Kuala Nerus bukan kehendak peribadi

#PRU15

Wakili BN di Kuala Nerus bukan kehendak peribadi

KUALA NERUS: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan pemilihannya sebagai calon parti itu di Parlimen Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan kehendak peribadi.

Sebaliknya penyandang kerusi itu berkata keputusan menerima pencalonan berikutan kepercayaan pucuk pimpinan BN untuk beliau mempertahankan kerusi berkenaan yang sebelum ini dimenangi selama dua penggal atas tiket PAS.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu berkata jenteranya akan berusaha mengembalikan kerusi Parlimen Kuala Nerus kepada BN, sekali gus membantu parti dalam misi menawan Putrajaya.

Katanya, pencalonan di kerusi yang disebut-sebut sebagai kerusi panas adalah tugas berat yang diamanahkan pucuk pimpinan parti dan akan memastikan kerusi berkenaan milik BN.

Menurutnya, beliau sedar tanggungjawab itu bukan satu tugas mudah dan pasti akan mendapat tentangan hebat daripada bekas ‘majikan’ bagi mengekalkan kerusi berkenaan.

“Masing-masing ada penyokong sama ada penyokong senyap atau terbuka… saya ada penyokong saya sendiri dalam PAS dan yakin mereka akan bergerak, berkempen dan menarik simpati ramai orang yang sedia untuk bersama misi saya mempertahankan kerusi Parlimen pada pilihan raya nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Kuliah Dhuha Mingguan di Surau Kampung Baru, Seberang Takir, di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, beliau sudah mula turun padang untuk berkempen dan bertemu pengundi termasuk ketua-ketua cawangan UMNO di seluruh Parlimen berkenaan.

“Saya tidak mengajak orang untuk keluar parti. Kekal pada parti masing-masing tetapi perlu sokong BN kali ini untuk pastikan Kuala Nerus menyumbang satu kerusi untuk BN menghalang kemaraan PH,” katanya.

Katanya, sebagai wakil rakyat di Parlimen berkenaan selama sembilan tahun beliau yakin penyokong dapat menilai khidmat diberikan kepada rakyat Kuala Nerus.

“Rakyat boleh nilai sendiri. Saya dah buat kerja selama sembilan tahun sebagai wakil rakyat, turun padang tidak pernah berhenti, pelbagai program kita buat untuk rakyat, itu yang saya pertaruhkan untuk berhadapan dengan rakyat pada PRU kali ini,” katanya.

Pada PRU14, Mohd Khairuddin yang bertanding atas tiket PAS mendapat undi sebanyak 37,974 menewaskan calon BN, Dr Tengku Asmadi yang memperoleh undi sebanyak 29,527 dengan kelebihan majoriti sebanyak 8,447.

Pada PRU13, Mohd Khairuddin menewaskan calon BN, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri dengan majoriti 610 undi. BH

Wakili BN di Kuala Nerus bukan kehendak peribadi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker