Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamat

#PRU15

Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamat

Pengerusi Umno Selangor Noh Omar seolah-olah memberi bayangan bahawa kisah sekitar pencalonannya di Tanjong Karang masih belum tamat, selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan kerusi Parlimen itu akan ditandingi Habibah Mohd Yusof.

Menurut Noh, yang telah menjadi Ahli Parlimen Tanjong Karang selama enam penggal sejak 1995, sama ada beliau masih setia bersama Barisan Nasional (BN) selepas namanya tidak dicalonkan pada PRU kali ini hanya akan terjawab esok ketika penamaan calon.



“Tunggu lah esok, kita di Tanjong Karang. Sebab saya bertanding di Tanjong Karang,” katanya dalam sidang media yang disiarkan dalam talian.

“Yang nak undi saya ni, lebih kurang 68,000 pengundi. Apapun saya akan putuskan di Tanjong Karang,”

Semalam Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir mengumumkan bahawa kerusi tersebut akan ditandingi Habibah, yang juga ketua Wanita Umno Tanjong Karang. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL



Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker