Khairy bidas Hadi, tiada siapa ingin kecilkan kemenangan BN

#PRU15

3

Khairy bidas Hadi, tiada siapa ingin kecilkan kemenangan BN

Khairy Jamaluddin membidas dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan wujud dalam kalangan pemimpin UMNO yang bertindak mengecilkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU15).

Calon kerusi Parlimen Sungai Buloh itu menafikan perkara berkenaan berlaku dalam UMNO, malah tiada siapa pun dalam kalangan ahli parti yang ingin melihat kekalahan BN selepas kejatuhannya pada PRU14 lalu.

“Itu bukanlah sesuatu yang sedang berlaku dalam parti ini. Tiada siapa di dalam parti ini yang ingin mengecilkan kemenangan BN.

“Kami semua sedang berusaha untuk mendapatkan kemenangan yang besar bagi mewujudkan kerajaan yang stabil selepas PRU15 ini,” katanya pada pemberita hari ini.

Terdahulu, penyandang kerusi Parlimen Marang mendakwa bahawa wujud dalam kalangan BN-UMNO memulakan langkah untuk membesarkan kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) bagi memaksa BN bergabung bersama PH selepas daripada PRU15.

Jelas Abdul Hadi, berdasarkan maklumat yang diperoleh, kerjasama itu sebagai satu strategi kalangan tertentu di dalam UMNO untuk bersama PH bagi membebaskan diri daripada isu pertuduhan kes yang sedang dihadapi.

Sementara itu, mengulas mengenai popularitinya di media sosial selepas diumumkan sebagai calon kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy berkata, ia satu perkara yang baik pada musim pilihan raya namun pengundi menjadi penentu kemenangan.

“Populariti di media sosial adalah sesuatu yang bagus tetapi akhirnya yang penting adalah undi dari rakyat. Tidak guna popular di media sosial tapi akhirnya tiada undi daripada pengundi.

“Jadi saya akan gunakan peluang kempen ini untuk berjumpa seramai mungkin pengundi di Sungai Buloh bagi memberi visi saya kepada kawasan rakyat di sini. Biar mereka menilai sama ada visi saya ini dapat membantu mereka ataupun tidak.” ujarnya. MG

Khairy bidas Hadi, tiada siapa ingin kecilkan kemenangan BN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker