Aneh, Syarikat untung banyak selepas Rafizi sertai semula politik

Aneh, Syarikat untung banyak selepas Rafizi sertai semula politik

Keupayaan syarikat Invoke Solution yang meraih keuntungan semasa Rafizi Ramli menjadi ahli politik menimbulkan tanda tanya.

Pemerhati politik, Lim Sian See berkata, ini kerana, Invoke mengalami kerugian RM1 juta pada tahun 2020 dan aset bersihnya ketika itu negatif ​​RM3.4 juta.

Tahun lepas pada akhir Disember 2021, Invoke mengalami kerugian yang lebih besar sebanyak RM1.1 juta dan aset bersihnya terus merosot kepada ​​-RM4.7 juta.

Menurut Sian See, tiba-tiba dalam tempoh 10 bulan, lnvoke daripada aset bersih negatif ​​RM4.7 juta kepada positif RM17 juta.

Ia merupakan perbezaan RM21.3 juta dalam masa 10 bulan sahaja.

”Keuntungan besar yang melonjak daripada kerugian RM1 juta dan kerugian RM1.1 juta kepada keuntungan RM21.3 juta dalam masa 10 bulan sahaja?,” soalnya.

Sian See berkata, semasa Rafizi keluar dari politik dan menumpukan sepenuh pada perniagaan, syarikatnya mengalami kerugian.

”Tetapi apabila dia menceburi semula politik tahun ini, syarikatnya menjana banyak wang?,” soalnya lagi.

Namun, kata pemerhati politik ini, pendedahan aset Rafizi ini akan menjadi menarik jika calon Parlimen Pandan itu mendedahkan senarai kontrak yang diperoleh Invoke tahun ini sehingga membolehkan beliau menjana banyak wang dalam masa yang singkat dan melihat sama ada terdapat sebarang penipuan atau pengubahan wang haram.

Rafizi mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Menurutnya, pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk berbuat demikian.

Dakwa Rafizi, kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke Sdn Bhd, syarikat tinjauan awam yang diasaskannya.

Jumlah ini, termasuk pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insurans di Prudential. MG

Aneh, Syarikat untung banyak selepas Rafizi sertai semula politik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker