Lelaki pijak kolam Deepavali, perakam video direman

Tiada otak

Lelaki pijak kolam Deepavali, perakam video direman

Polis menahan individu tular memijak hiasan kolam Deepavali dan perakam video itu selepas kedua-dua mereka hadir di IPD Klang Utara, semalam.

Ketua Polis Klang Utara, Vijaya Rao Samachulu, berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an dan 30-an itu hadir di IPD Klang Utara sekitar 11 malam.

“Kedua-dua suspek telah hadir ke IPD Klang Utara dan ditahan. Mereka akan direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

“Kedua-dua individu terbabit merupakan kakitangan sebuah hospital swasta dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya menurut Sinar Harian.

Semalam, polis berkata akan memanggil lelaki tular memijak dan berjalan di atas hiasan perayaan Deepavali atau kolam di sebuah hospital swasta di Klang.

Hospital Pakar KPJ Klang dalam kenyataan semalam menegaskan, mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan jelik dan tidak profesional daripada mana-mana kakitangan dan akan menjalankan siasatan dalaman.

Terdahulu, satu klip video menunjukkan seorang lelaki berbaju Melayu dan bersongkok memijak kolam pada bahagian hiasan, dengan seorang penonton berkata “vandalisme”. FMT

Lelaki pijak kolam Deepavali, perakam video direman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker