Degil enggan divaksin? Putus sahabat!

Degil enggan divaksin? Putus sahabat! Satu kaji selidik mendapati seorang dalam setiap tujuh penduduk Amerika Syarikat (AS)  yang telah menerima suntikan vaksinasi Covid-19 memilih untuk memutuskan hubungan dengan rakan-rakan yang enggan menerima pelalian, lapor akhbar New York Post semalam.

Tinjauan yang dilakukan oleh firma kaji selidik dan pemasaran, OnePoll itu turut mendedahkan bahawa 16 peratus responden telah memutuskan persahabatan dengan sekurang-kurangnya tiga rakan mereka  sejak pandemik bermula pada Mac 2020.

Daripada kesemua responden yang memutuskan persahabatan  itu, 66 peratus terdiri daripada mereka yang menerima vaksinasi dan 17 peratus lagi tidak merancang untuk mendapatkan pelalian.



Selain itu, satu daripada tujuh responden atau 14 peratus yang telah menerima vaksinasi mengaku memutuskan hubungan persahabatan kerana  rakan mereka berdegil dan tidak mahu  mendapatkan suntikan vaksin.

Sebanyak 97 peratus daripada responden pula percaya bahawa bekas rakan mereka itu terdiri daripada golongan antivaksin yang sukar untuk diyakinkan mengenai kepentingan mendapatkan suntikan pelalian.

Menurut mereka, golongan tersebut percaya bahawa vaksin  tidak berkesan dalam melindungi diri daripada wabak Covid-19.

Sementara itu, menurut golongan antivaksin yang turut mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut, mereka bimbang akan kesan sampingan akibat vaksinasi, berada dalam keadaan sihat atau melahirkan rasa tidak percaya terhadap keberkesanan suntikan tersebut.



Kaji selidik secara online itu dilakukan terhadap 1,000 penduduk AS.

Degil enggan divaksin? Putus sahabat!


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki meninggal dunia ketika tunggu giliran di JPJ



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker