Suami merajuk panjat pencawang selepas bertengkar dengan isteri

Gambar Hiasan

Suami merajuk panjat pencawang selepas bertengkar dengan isteri. Seorang lelaki terpaksa diselamatkan selepas dia memanjat sebuah pencawang telekomunikasi di Bang Lamung, dipercayai kerana  bertengkar dengan isterinya, lapor laman berita Thaiger News semalam.

Petugas keselamatan dan media tempatan bergegas ke lokasi kejadian untuk mencari lelaki itu yang berada pada ketinggian 17 meter di atas pencawang  tersebut sekitar  pukul 9 malam (waktu tempatan).

Petugas keselamatan terpaksa memujuk lelaki itu menggunakan alat pembesar suara namun gagal.

Lelaki tersebut mengaku dia memanjat menara tersebut selepas bertengkar dengan isterinya.



Menurut lelaki itu, dia bekerja sebagai seorang cef di sebuah restoran masakan Thailand dan meminta isterinya untuk membawanya ke sebuah pasar bagi membeli stok bahan masakan memandangkan dia berada dalam keadaan mabuk.

Isterinya bagaimanapun menolak permintaan lelaki itu, menyebabkan mereka bertengkar sebelum dia memanjat pencawang tersebut untuk memberi ‘pengajaran’ kepada wanita itu.

Petugas keselamatan akhirnya terpaksa memanjat menara itu untuk menurunkan lelaki tersebut.

Menurut pihak berkuasa Bang Lamung, dia kemudian dibawa ke sebuah hospital tempatan bagi menjalani penilaian mental rutin



Suami merajuk panjat pencawang selepas bertengkar dengan isteri


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Kapal Kontena Terbesar Dunia Sebesar 4 Padang Bolasepak Berlabuh Di Britain



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker