Baru Keluarkan Cincin Nak Lamar Teman Wanita, Ibu Pula Kata Tidak [VIDEO]

Baru Keluarkan Cincin Nak Lamar Teman Wanita, Ibu Pula Kata Tidak [VIDEO]

SEORANG ibu mengganggu rancangan anaknya yang nyaris mengeluarkan cincin untuk melamar teman wanita.

Dan dari Amerika Syarikat (AS) berkata, dia mahu berkongsi momen itu bersama orang tersayang dan merancang untuk membuat lamaran semasa percutian keluarga, pada Mei lalu.

Bagaimanapun, saat istimewa yang dirakamkan oleh bapanya menggunakan telefon bimbit itu berlaku sebaliknya.



Menerusi video di aplikasi TikTok, katanya: “Kepada gadis yang ingin saya lamar, tapi ibu minta saya hentikannya.

@catdaddan

My dad didn’t know what to do, so he just kept recording #illneverforgetyou #goodmemories #makemomepic #fy #proposal

♬ Never Forget You – Noisettes



“Ayah tak tahu nak buat apa, jadi dia hanya terus merakam,” tambahnya.

Ketika kejadian, Dan dan teman wanitanya sedang bergambar, sebelum dia cuma mengambil cincin dari poket seluar untuk melamar.

Namun belum sempat Dan membuat lamaran pada teman wanita, kedengaran suara ibunya berkata “Tidak, tidak, tidak”.

Susulan itu, dia kemudian membatalkan hasrat tersebut dan berjalan ke keluarganya.

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan ibu Dan dan menganggap gadis telah terlepas sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Dan bagaimanapun membalas komen-komen dengan berkata: “Ibu saya beritahu dia tahu apa yang terbaik untuk saya.”



@catdaddan

Reply to @lbyr01 #greenscreen she had her chance to run #storytime #parttwo #GossipGirlHere #fy

♬ original sound – Cat Dad

Dia kemudian memuat naik satu lagi video dan menjelaskan mereka berkunjung semula ke lokasi itu untuk bertunang. – Daily Star



Baru Keluarkan Cincin Nak Lamar Teman Wanita, Ibu Pula Kata Tidak [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki Britain tikam sembilan ekor kucing



Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker