Lelaki dakwa bercerai, hilang pekerjaan selepas diculik makhluk asing

Seorang lelaki di Amerika Syarikat mendakwa telah diculik oleh makhluk asing yang kemudiannya menanam cip mikro pada lengannya yang menyebabkan dia bercerai dan hilang pekerjaan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Mengimbau kembali penyiasatannya terhadap aktiviti makhluk asing, Steve Colbern mendakwa dia telah dibawa menaiki objek terbang tidak dikenali (UFO) ‘beratus-ratus kali’ oleh makhluk asing berwarna kelabu.

Menurutnya, satu perjumpaan itu menyebabkan dia menjadi obses untuk mengkaji makhluk asing sehingga menyebabkan rumah tangganya musnah.

Insiden itu, katanya berlaku ketika dia terserempak dengan sebuah UFO yang terbang di atas pohon avokado sebelum dia tiba-tiba ditarik masuk ke dalam kapal angkasa itu oleh satu cahaya hijau.

Dia kemudian dibawa ke sebuah stesen perubatan dan disuruh berbaring di atas sebuah meja.

“Makhluk asing itu menggunakan satu alat  panjang menyerupai sebatang besi tahan karat yang memiliki serat optik di dalamnya dan memancarkan sinar ultraungu.

“Alat itu mengeluarkan implan dan memasukkannya ke dalam subjek,” katanya.

Selepas kejadian itu, Colbern berkata, dia mempunyai perspektif berbeza tentang kehidupan.

“Ia menjadikan saya sukar untuk bergaul di sini. Kadang-kadang, saya rasa apa yang manusia lakukan adalah tidak relevan,” kata Colbern.

Biarpun dia mendakwa isterinya mengalami situasi serupa, dia berkata penculikan itu telah menyebabkan mereka akhirnya bercerai.

“Isteri saya tidak sukakan perkara itu dan menyalahkan saya di atas apa yang berlaku,” katanya.

Keinginan mendalam untuk menyiasat perkara itu juga menyebabkan Colbern hilang pekerjaannya.

Dia dipecat selepas didapati menggunakan peralatan syarikat tempat dia bekerja untuk memeriksa  implan pada lengannya. – Agensi

Lelaki dakwa bercerai, hilang pekerjaan selepas diculik makhluk asing


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Peja dibayar gaji notis sebulan RM27,000 sebagai penasihat Muhyiddin 11 hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker