JDT juara Liga Super 10 kali berturut-turut

JDT juara Liga Super 10 kali berturut-turut

Johor Darul Ta’zim (JDT) melengkapkan kejayaan ‘Perfect 10’ kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut selepas membenam cabaran PDRM FC, 4-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Kejayaan JDT itu turut mencipta sejarah dalam kancah bola sepak negara apabila muncul satu-satunya kelab bola sepak muncul juara 10 musim berturut-turut selepas kali pertama memenangi trofi pada musim 2014.



Malah skuad bimbingan Esteban Solari turut melakar kejayaan ‘treble’ selepas mendakap Piala Sumbangsih, Piala FA dan terkini kejuaraan liga, kini dalam pemburuan untuk mempertahankan Piala Malaysia bagi mengulangi kejayaan ‘quadral’ musim lalu dan kini berada di landasan terbaik apabila mara ke separuh akhir piala berprestij itu.

Rentak kemenangan anak didik Solari yang mendominasi permainan begitu ketara apabila kerap mengasak ke kubu skuad kendalian Datuk Yunus Aliff menerusi gandingan Bergson Da Silva, Heberty Fernandes dan Arif Aiman Hanapi.

Bergson hampir membuka jaringan seawal minit kelapan selepas menerima umpanan Corbin Ong, tapi bola rembatan leret sipi di sebelah kiri gawang ketika penjaga gol PDRM FC, Ramdhan Ab Hamid sudah tertewas.

Ketika aksi memasuki minit ke-36 Bergson terpaksa akur dengan keputusan pengadil, Fitri Maskon membatalkan jaringannya selepas Matthew Davies yang menyepak bola lintang dari posisi sayap kanan berada di posisi ofsaid.



Namun, situasi itu tidak mematahkan semangat Bergson apabila selang seminit kemudian, dia meledak gol buat JDT apabila menerima bola lorongan Afiq Fazail menewaskan Ramdhan untuk mendahului 1-0.

Bagaikan melepas geram terhadap skuad The Cops yang beraksi secara berkampung, Harimau Selatan menggandakan jaringan pada minit ke-40 apabila Juan Muniz merembat bola kencang menewaskan Ramdhan.

JDT menambah derita skuad The Cops pada minit ke-54 menerusi sepakan penalti selepas Izaaq Izhan Yuswadi menarik Arif Aiman di dalam kotak penalti dan Arif yang mengambil sepakan itu mudah menewaskan Ramdhan.

Tiada belas ihsan buat PDRM FC apabila anak didik Solari menjaringkan gol keempat pada minit ke-57 selepas pemain gantian Fernando Forestieri melepasi perangkap ofsaid dan merembat bola leret tepat ke penjuru kanan gawang menewaskan Ramdhan.



Keputusan itu menyaksikan JDT muncul juara liga selepas menang 4-0 ketika aksi berbaki empat perlawanan yang perlu diharungi. HM

JDT juara Liga Super 10 kali berturut-turut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’



Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker