GTA nampak tidak dapat sambutan sebab tiada duit untuk buat sepanduk dan bendera – Mahathir

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Gerakan Tanah Air (GTA) kurang mendapat sambutan di beberapa kawasan yang ditandingi kerana ramai pengundi masih kurang jelas dengan gabungan itu.

“GTA akan berusaha menjelaskan kepada pengundi tentang gerakan kami, tentu ada kawasan yang kurang baik (kurang mendapat sambutan), itu kita sedang usahakan supaya mereka faham apa itu GTA dan manfaat yang mereka akan peroleh kalau undi GTA,” katanya yang juga Pengerusi Penaja gabungan itu.

Bercakap kepada pemberita selepas Sesi Tinjauan Mesra bersama calon GTA-Pejuang iaitu Mohd Rafique Rashid di Pasar Malam Seksyen 24 di sini hari ini, Dr Mahathir bagaimanapun tidak menyatakan kawasan yang dimaksudkan.

Mengulas mengenai Mohd Rafique yang akan bertanding di Parlimen Shah Alam, Dr Mahathir berkata beliau yakin dengan kemampuan calon GTA itu.



“Di Selangor peluang GTA baik, banyak tempat sambutannya agak baik kalau kita melawat tapi kita tidak ada banyak sepanduk dan bendera sebab kita tidak ada duit,” katanya.

Ditanya mengenai kawasan yang boleh dimenangi GTA, Dr Mahathir menjawab: “Banyak tempat kita boleh menang … Langkawi, tempat lama saya Kubang Pasu, (tempat Datuk) Amirudin (Hamzah) sekarang dan Jerlun tempat (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir).”

Beliau berkata GTA akan mengumumkan manifestonya esok.

GTA merupakan pakatan empat parti politik iaitu Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) serta gabungan badan bukan kerajaan yang membentuk Gagasan Bangsa (GB).



Pada PRU15, calon GTA bertanding menggunakan logo Pejuang kecuali di Kelantan yang menggunakan logo Putra.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker