Anwar masuk penjara sebab jenayah bukan macam Nelson Mandela

Presiden MIC, mengingatkan Pakatan Harapan (PH) dan penyokongnya bahawa Anwar Ibrahim yang kini menjadi calon perdana menteri daripada gabungan itu pernah dipenjarakan atas kesalahan jenayah.

Kata Vigneswaran, Anwar dipenjarakan sebelum ini bukanlah kerana perjuangan membela rakyat seperti yang pernah dilakukan pemimpin Afrika Selatan, Nelson Mandela dalam menentang dasar Apartheid.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai naratif kempen PH bahawa ‘satu undi kepada BN adalah satu undi kepada Ahmad Zahid Hamidi’, dengan mengaitkan kes mahkamah yang sedang dihadapi presiden Umno itu.

“Tolong henti samakan Anwar Ibrahim dengan Nelson Mandela.

“Bila sahaja musim pilihan raya, segala macam naratif dikeluarkan oleh puak pembangkang ini.

“Anwar bukanlah seorang pejuang (rakyat) yang disumbat masuk penjara, sebaliknya dia dipenjarakan atas kesalahan jenayah.

“Pemimpin itu yang mereka hendak angkat jadi perdana menteri tetapi cakap banyak tentang calon perdana menteri BN? Ada logik? Tolonglah jangan taasub sangat,”

Untuk rekod, Anwar dipenjarakan kali pertama pada 1999 atas kesalahan rasuah dan kali kedua pada 2015 atas tuduhan l

Bagi kesalahan kedua, presiden PKR itu diberikan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika Dr Mahathir Mohamad memimpin kerajaan PH.

Menurut Vigneswaran, pembesasan Anwar selepas mendapat pengampunan diraja itu tidak membersihkannya daripada kesalahan jenayah yang dilakukannya.

“Kini pembangkang dalam visi mengangkat Anwar menjadi perdana menteri dengan berterusan mengelirukan rakyat kononnya pemimpin itu suci murni.

“Tetapi soal pengampunan itu langsung tidak mereka bangkitkan,” kata Vigneswaran.

Dalam pada itu Vigneswaran sekali lagi menegaskan bahawa Ismail Sabri Yaakob merupakan calon perdana menteri sekiranya BN memenangi PRU.

“Kita tahu (calon) perdana menteri hanya Ismail Sabri Yaakob, itu juga sudah disebut Ahmad Zahid, jadi ini bukan isu,” katanya.

Calon BN bagi Parlimen Sungai Siput itu juga berkata pembangkang hanya pandai menabur pelbagai janji ketika musim pilihan raya, namun tidak melaksanakannya apabila berkuasa.

“Kalau mereka menang, mereka akan kata janji itu bukan kitab suci, 100 hari tidak cukup sebaliknya perlu sekurang-kurangnya 60 tahun kerana BN perintah negara selama itu.

“Jika mereka tumbang kerana pemimpin mereka sendiri, mereka akan menangis meraung kata ini semua salah BN.

“Masa untuk bekerja untuk rakyat tidak akan ada sampai bila-bila kerana politiking sebegini,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker