PRU15 penentu pertumbuhan, kestabilan ekonomi negara

#PRU15

PRU15 penentu pertumbuhan, kestabilan ekonomi negara

Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) bakal menjadi penentu utama dalam pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara termasuk mata wang tempatan, demikian menurut ahli ekonomi.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata pelabur dan peniaga akan memerhati perjalanan PRU15 ini dan hanya akan membuat keputusan selepas kerajaan baharu dibentuk.



Beliau berkata, jika tiada pakatan parti politik yang mempunyai majoriti kerusi dan memaksa pembentukan kerajaan campuran, polemik ketidakstabilan politik akan terus berlaku.

“Situasi ini juga boleh menyebabkan hilangnya keyakinan pelabur dan peniaga ke atas prospek ekonomi negara untuk tahun hadapan.

“Oleh itu, amat penting untuk pengundi memilih pakatan parti politik yang mampu melaksanakan segala dasar kerajaan dengan berkesan apabila mereka menjadi kerajaan kelak,”katanya kepada BH.

Sementara itu, firma penyelidikan TA Research pula berkata sebarang keputusan PRU15 dijangka tidak memberi kesan kepada pergerakan nilai mata wang tempatan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang rendah ketika ini, berikutan peserta pasaran lebih tertumpu kepada ketidaktentuan ekonomi semasa.



Katanya, berdasarkan pemerhatian ketika pilihan raya umum (PRU) yang lalu, ia menunjukkan ringgit cenderung susut berbanding dolar AS selepas PRU.

“Tiada ragu-ragu lagi bahawa ringgit akan melemah pasca PRU15 dengan kemungkinan sebahagiannya disebabkan persekitaran ekonomi semasa.

“Kami berpendapat bahawa ini (ringgit melemah) mungkin disebabkan oleh pelabur portfolio asing menghantar pulang pendapatan dan keuntungan mereka.

“Oleh itu, kami tidak akan terkejut bahawa ringgit akan melemah berbanding dolar AS selepas PRU15,” katanya.



Firma penyelidikan itu berkata, pada PRU 1990, 1995, 2008, 2013, dan 2018, pergerakan mata wang tempatan ternyata tidak dipengaruhi dengan keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar ataupun pembentukan kerajaan baharu terbentuk.

Dari aspek sejarah, ringgit lazimnya merosot 0.7 peratus daripada nilainya pada bulan pertama, 2.7 peratus pada bulan ketiga, 4.7 peratus pada bulan keenam, 7.0 peratus pada bulan kesembilan dan 7.1 peratus pada bulan kedua belas.

Dengan bukti yang menunjukkan bahawa kekerapan merosot adalah 100 peratus dalam semua PRU sebelum ini, kecenderungan ringgit untuk melantun semula selepas pilihan raya adalah rendah. BH

PRU15 penentu pertumbuhan, kestabilan ekonomi negara




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)



“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker