Nabil ditegur jangan melampau ‘bahan’ peserta

#PRU15

Nabil ditegur jangan melampau ‘bahan’ peserta

Tindakan Nabil Ahmad yang mengajuk cara penyanyi dan juga juri jemputan daripada Indonesia di Gegar Vaganza minggu ke-8, Raisa, yang menggunakan bahasa Inggeris ketika memberi komen undang rasa tidak puas hati netizen.

Raisa yang hadir memenuhi kerusi juri jemputan tampil menggunakan bahasa Inggeris untuk memberi komen kepada peserta ketika itu iaitu Hazrul Nizam yang menyanyikan lagu ‘Widuri’.

Susulan gurauan Nabil yang didakwa melampau itu, rata-rata netizen meminta Nabil untuk lebih berhati-hati dan tidak mengajuk cara seseorang individu memberikan komen.

“Raisa kelihatan tidak selesa apabila Nabil mengajuknya bercakap dalam bahasa Inggeris. Nabil tidak patut melebihi batas, perlu berhati-hati,” komen seorang netizen.

“Nabil kena pandai tengok suasana dan ‘tone down’ apabila buat lawak sebab boleh nampak Raisa tidak faham dan saya rasa dia tidak selesa. Macam melampau sangat, siap bahan bagai,” komen seorang netizen lagi.

“Bahasa itu lingua franca, tidak kisah menggunakan bahasa apa asalkan mudah difahami, Nabil sangat perlu berhati-hati, jangan melampau,” ciap seorang netizen.

Sementara itu, terdapat segelintir netizen yang berpendapat, mentaliti kita harus berada di kelas pertama dan menerima sesuatu yang bukan kebiasaan kerana ianya bukanlah suatu kesalahan untuk memberi komen dalam bahasa Inggeris.

“Bila Nabil ajuk Raisa cakap, baru aku sedar benda ini berlaku dekat mana-mana sahaja, Dari budak kecil di sekolah, dekat universiti, dekat tempat kerja waima dalam kalangan keluarga dan keluarga, kalau ada yang cakap English, mesti ada yang ajuk macam benda itu suatu kesalahan,” komen netizen yang lainnya. K Online

Nabil ditegur jangan melampau ‘bahan’ peserta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker