Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Tangkap layar nota yang ditampal di bahagian belakang kereta yang tular di media sosial, semalam

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu menampal nota di bahagian belakang keretanya bagi memberi pesanan kepada pengguna jalan raya yang lain tular di media sosial, semalam.

Menerusi video yang dimuat @This.Qied, kelihatan nota tersebut menyatakan bahawa pemandu tersebut baru sahaja menerima lesen.

“Saya seorang pemandu baharu, tolong jangan hon saya. Sekiranya kamu melanggar bonet kereta ini, kamu bertanggungjawab,” tulis pesanan itu.

Dalam pada itu, perakam video tersebut turut menyoalkan identiti pemandu terbabit.

“Siapa pemilik kereta ini? Kenapa comel sangat,” kata Qied di ruangan kapsyen.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen pula mendapati rata-rata orang ramai terhibur melihat video tersebut.

“Kamu hendak ke mana bagi lampu isyarat belok ke sebelah kanan?,” komen seorang netizen.

“Plat kereta baru, sebab itu kena berjaga-jaga,” tulis seorang pengguna.

“Hebat juga pemandu baru tapi memandu di lorong kanan,” seloroh seorang lagi pengguna..

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang menyatakan bahawa idea menampalkan nota seperti itu sangat berguna terutamanya pemandu yang baru belajar memandu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker