Warga emas tolak isteri berkerusi roda ke dalam laut

TOKYO – Polis Jepun menahan seorang lelaki berusia 81 tahun kerana didakwa menolak isterinya yang berkerusi roda jatuh ke dalam laut, lapor laman berita Thaiger semalam.

Lelaki tersebut, Hiroshi Fujiwara ditahan di bandar Oiso, wilayah Kanagawa. Menurut polis, suspek kemudian mengaku membunuh isterinya yang berusia 79 tahun.

Fujiwara berkata, dia berasa ‘letih’ menjaga isterinya kerana wanita itu telah menggunakan kerusi roda sejak 40 tahun lalu.



Menurut laman berita Japan Today, kejadian itu berlaku pada pukul 5.30 petang (waktu tempatan) Rabu lalu.

Menurut polis, Fujiwara telah membawa isterinya ke jeti, meletakannya di atas kerusi roda dan bersiar-siar selama beberapa minit sebelum menolaknya ke laut.

Warga emas itu kemudian memandu ke rumah anak sulungnya dan mengakui perbuatan tersebut. Anak lelakinya menghubungi polis sebelum seorang nelayan mendakwa melihat mayat mangsa terapung di dalam air.

Berita tersebut mengejutkan penduduk Jepun, namun ramai mengatakan bahawa kejadian itu mendedahkan situasi sebenar yang dihadapi sebilangan warga emas di negara itu. Oleh kerana ramai yang tidak mendapat bantuan, mereka akhirnya terpaksa menjaga pasangan yang juga warga emas.



Menurut sebuah organisasi bukan bermotifkan keuntungan, Projek Borgen, Jepun mempunyai masyarakat yang semakin tua. Ditambah pula dengan jangka hayat yang panjang, ramai warga emas berhadapan dengan keadaan yang sukar. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)



Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker