Budak lelaki gigit ular tedung yang mematuknya sehingga mati

DEEPAK membalas serangan ular itu selepas gigitannya gagal dilepaskan. – Mail Online

NEW DELHI – Seekor ular tedung mati selepas digigit seorang budak lelaki berusia lapan tahun dalam satu kejadian luar biasa di India, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Kejadian itu berlaku di kampung Pandarpadh, sebuah kawasan terpencil di tengah wilayah Chhattisgarh, Isnin lalu.

Ketika kejadian, ular itu dilaporkan melilit lengan kanak-kanak berkenaan, Deepak, sebelum mematuk kulitnya. Dia kemudian membalas serangan reptilia itu dengan mengigitnya kembali.

Menurut laporan, ular itu terjatuh di atas Deepak ketika dia sedang bermain di luar rumah. Ia melingkar pada lengannya sebelum mematuknya.



Budak lelaki tersebut kemudian menggoncang lengannya dengan kuat untuk melepaskan ular itu, namun gagal. Dia tidak berputus asa lalu menggigit badan ular itu untuk membunuhnya.

“Ular itu telah melilit tangan dan menggigit saya. Saya berasa amat sakit. Memandangkan reptilia itu tidak berganjak apabila saya cuba menepisnya, saya menggigitnya dengan kuat sebanyak dua kali. Semuanya berlaku dalam sekelip mata,” kata Deepak.

Ibu bapa Deepak kemudian membawanya ke pusat perubatan berhampiran. Dia kemudian dipantau untuk memastikan dia pulih sepenuhnya.

Doktor mendapati mangsa mengalami kesan ‘gigitan kering’ yang bermaksud ular tedung itu tidak mengeluarkan racun.



“Deepak tidak menunjukkan sebarang gejala dan pulih dengan cepat kerana gigitan kering apabila ular berbisa menyerang.Tiada racun yang dikeluarkan untuk gigitan seperti itu,” kata seorang pakar ular kepada akhbar The New Indian Express.

Ular dewasa yang mempunyai kawalan penuh terhadap racun sering memberikan gigitan kering. Ia sering berlaku apabila ular memberi amaran atau menakutkan haiwan lain berbanding membunuhnya. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)



Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker