Barisan Nasional boleh menang majoriti besar kerusi di Johor

Barisan Nasional boleh menang sebahagian besar kerusi di Johor – Ismail Sabri

Barisan Nasional (BN) Johor diyakini mampu memenangi sebahagian besar kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini pihaknya telah menerima maklum balas yang positif berhubung peluang parti itu di negeri berkenaan.



“Jadi dari segi sentimennya nampak baik dan hari ini pun di Ayer Hitam nampak jelas semangat dan sokongan terhadap BN,” katanya selepas berucap di Majlis Ramah Mesra Warga Parlimen Ayer Hitam di Kompleks Balai Orang Ramai Taman Suria pada Rabu.

Dalam pada itu, calon BN Parlimen Bera itu juga yakin bahawa calon BN di Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong akan memperolehi kemenangan.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan menyasarkan kemenangan 20 kerusi Parlimen di Johor sebagai usaha untuk membentuk kerajaan yang dominan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu, BN juga memperoleh kemenangan besar apabila berjaya memenangi 40 kerusi daripada 56 kerusi parlimen yang dipertandingkan.AA



Barisan Nasional boleh menang sebahagian besar kerusi di Johor – Ismail Sabri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker