BAS pelajar UPSI terbabas jatuh cerun bukit [VIDEO]

TANJUNG MALIM – Sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabas ke cerun bukit di Jalan Slim Lama dekat Kota Malim Prima di sini petang tadi.

Kejadian sekitar pukul 7 petang itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan menghantar pelajar pulang ke asrama, namun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.

Difahamkan, seramai 11 pelajar cedera, manakala pemandu bas yang tersepit telah berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, maklumat awal diterima pada pukul 7.03 petang yang memberitahu terdapat sebuah bas terbabas sendiri.

“Siasatan awal mendapati terdapat kira-kira 60 penumpang terdiri daripada pelajar UPSI yang mana 11 penumpang dan pemandu cedera ringan.

“Kesemua mereka dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker