Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

POLIS menahan seorang lelaki selepas rakaman CCTV menunjukkan dia menendang seorang budak berusia 6 tahun yang bersandar pada keretanya.

Pemuda itu, dikenali sebagai Mohammed Shihshad ditahan pada pagi Jumaat selepas video kejadian yang berlaku petang sebelumnya di bandar Thalassery, Kerala, India menjadi tular, menimbulkan kemarahan ramai.

Dalam rakaman CCTV dari bangunan berhampiran, budak lelaki itu dilihat bersandar pada sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan yang sibuk.



Shihshad, yang berjalan ke arah budak lelaki itu kemudian dilihat bercakap sesuatu kepadanya dan terus menendangnya.

Budak lelaki itu, yang kelihatan terkejut berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.

Rakaman juga menunjukkan beberapa orang yang lalu lalang mempertikaikan tindakan Shihshad, tetapi dia
mempertahankan tindakannya dengan alasan budak lelaki itu sudah lama bersandar pada keretanya.



Menurut laporan, budak lelaki itu tergolong dalam keluarga pendatang dari Rajasthan yang menjual belon untuk mencari rezeki.



Polis tempatan juga telah dikecam kerana tidak bertindak awal dalam kes itu.

Berdasarkan beberapa aduan penduduk tempatan, polis telah mengenal pasti tertuduh melalui visual CCTV pada Khamis malam.

Bagaimanapun, Shihshad didakwa dilepaskan oleh polis, yang mana hanya keretanya sahaja disita.

Pada pagi Jumaat, selepas video itu tular, polis menangkap Shihshad, yang kini didakwa di bawah cubaan membunuh. – India Times



Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)



“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker