Tok Mat yakin kekalkan Rembau untuk BN

 

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengesahkan pencalonan bertanding kerusi Parlimen buat pertama kalinya setelah 25 tahun menyertai arena politik tanah air, dengan menjadi calon Barisan Nasional bagi kerusi Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohamad menghadapi saingan sengit lima penjuru daripada PH yang mengetengahkan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia Jufitri Joha, PN yang menampilkan Setiausaha Badan Perhubungan PN negeri Mohd Nazree Mohd Yunus serta Ramly Awalludin (Pejuang) dan S. Tinagaran (Parti Sosialis Malaysia).

Senarai calon bagi kerusi itu diumumkan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Rembau Mohamad Najib Mustafa di Dewan Sri Rembau di sini.

Sebelum ini, Parlimen Rembau disandang oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin selama tiga penggal bermula pada 2008 sebelum beliau memberi laluan kepada Mohamad, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, untuk bertanding di kawasan itu.

Mohamad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, mempunyai rekod prestasi cemerlang semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama empat penggal sejak 2004 selain turut berpengalaman luas dalam bidang perniagaan termasuk sebagai Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit dan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad.

Kesemua lima calon itu tiba di Dewan Sri Rembau bersama-sama penyokong dan pencadang masing-masing antara 8 dan 9 pagi tadi.

Semasa ditemui pemberita, Mohamad yang mesra dipanggil Tok Mat berkata beliau berharap pengundi tidak mengikut perasaan ketika memilih calon sebaliknya mempertimbangkan parti yang mempunyai rekod cemerlang bagi memastikan negara dapat ditadbir urus dan dibangunkan dengan amat baik.

“Saya harap jentera (BN) terus jalankan gerak kerja, kita tak mahu usik sesiapa … yang penting tujuan pilihan raya diadakan adalah bagi memilih parti yang diberikan mandat oleh rakyat. Pastikan kerajaan yang bakal ditubuhkan nanti mantap dan stabil.

“Pengundi bukan sahaja di Rembau tapi seluruh negara perlu beri kepercayaan kepada BN. Jangan risau siapa mengurus kerana kami ialah satu pasukan yang ada kewibawaan dan bakat untuk tadbir negara,” katanya sambil memberitahu setiap parti mempunyai kekuatan masing-masing.

Dalam pada itu, Jufitri yang juga anak jati Rembau, berkata beliau yakin mampu membuat kejutan pada pilihan raya umum kali ini berikutan pengalamannya sebagai pemimpin belia selain berpegang kepada apa yang boleh ditawarkannya kepada rakyat pada peringkat negeri dan nasional.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Rembau dimenangi oleh Khairy Jamaluddin dengan majoriti 4,364 undi. Khairy memperoleh 36,096 undi untuk menewaskan calon PKR Lt. Kol. (B) Roseli Abdul Ghani (31,732) dan calon PAS Mustafa Dolah (6,028).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 19 November dan pengundian awal pada 15 Nov.

– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker