Menang di Tumpat PAS tak janji tingkatkan kualiti air tapi tawar korban 20 ekor lembu

PAS berjanji kepada pengundi untuk menumbangkan 20 ekor lembu jika parti itu berjaya mempertahankan kemenangan di Parlimen Tumpat dengan majoriti RM20,000 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah, berkata dia yakin pengundi di kawasan Tumpat akan terus setia bersama parti itu meskipun penyandangnya kini bertanding atas tiket BN.

“Hari itu (PRU menang) majoriti 17,000, kali ini hendak (majoriti) 20,000. Dulu kita sendiri boleh 17,000. Kali ini kita tak sendirian.

“Kalau boleh 20,000 (majoriti) kita sembelih 20 ekor lembu, tidak mustahil insya-Allah.

“Kita undi PAS bukan kerana calon tapi kerana perjuangan,” katanya ketika berucap di Wakaf Baru, Tumpat, malam tadi.

Kerusi Parlimen Tumpat dimenangi Che Abdullah Mat Nawi dengan 17,500 undi pada PRU2018 apabila dia berjaya menewaskan calon BN, Wan Johani Wan Hussin dan Pakatan Harapan (PH), Nordin Salleh.

Bagaimanapun Che Abdullah digugurkan dalam senarai calon PAS pada pilihan raya umum kali ini.

Sebaliknya PAS yang merupakan sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan Mumtaz Md Nawi bagi mempertahankan kerusi berkenaan dalam pertandingan lima penjuru.

Manakala Che Abdullah pula akan bertanding atas tiket BN.

Selain Che Abdullah dan Mumtaz, kerusi itu turut ditandingi Che Mohd Asemari Che Ali dari Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra); Khairul Azuan Kamarrudin dari Warisan dan Wan Mohd Johari Wan Omar dari Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Mohd Amar berkata dia yakin pengundi Tumpat akan terus mengundi PAS meskipun BN mempertaruhkan Che Abdullah di kerusi berkenaan.

“Insya-Allah kita undi PAS bukan kerana calon tapi kerana perjuangan.

“Kalau boleh majoriti 20,000 kita sembelih 20 ekor lembu, ambo (saya) berjanji,” katanya.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker