Peragut kereta Myvi biru dicekup [VIDEO]

KUALA LUMPUR – Lelaki warga tempatan yang terlibat dalam kejadian ragut melibatkan seorang wanita di dalam sebuah Perodua Myvi di Jalan Genting Klang, Setapak berjaya di tahan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mangsa wanita terbabit telah tampil membuat laporan polis pada 5 November lalu dan perkara itu telah disahkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Susulan laporan itu katanya, polis berjaya menangkap suspek utama, yang juga lelaki warga tempatan sekitar pukul 11.30 malam semalam.

“Mangsa berada di dalam kereta bahagian penumpang hadapan dan berhenti di lampu isyarat, ketika itu cermin tingkap dalam keadaan terbuka.

“Suspek yang berusia 32 tahun tersebut dari arah belakang dengan menaiki sebuah motosikal terus meragut telefon bimbit mangsa lalu melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata, pihaknya berjaya merampas barang kes iaitu sebuah telefon bimbit dan suspek kini  direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Isnin minggu.

Terdahulu katanya, polis mengesan video berdurasi 7 saat yang memaparkan kejadian ragut berkenaan di aplikasi TikTok kira-kira pukul 10 pagi tadi.-KOSMO! ONLINE

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker