Lelaki tetak suami baharu bekas janda kerena cemburu

Seorang lelaki dari Batam, wilayah Riau nekad membunuh suami baharu bekas isterinya kerana cemburu melihat kebahagiaan wanita berkenaan, lapor laman berita Detik Sumut semalam.

Menurut polis, suspek membunuh mangsa dengan menggunakan sebilah parang sekitar pukul 1 petang (waktu tempatan), Sabtu lalu.

“Pelaku ialah bekas suami kepada isteri mangsa. Mangsa dan isterinya baru sahaja mendirikan rumah tangga.

“Insiden itu berlaku disebabkan perasaan cemburu,” kata seorang pegawai polis, Budi Hartono.

Pembunuhan tersebut berlaku di Kompleks Baloi Center, Lubuk Baja, Batam, ketika suspek mendekati mangsa dengan membawa sebilah parang sebelum membunuhnya.

“Suspek secara tiba-tiba datang membawa parang lalu menghayunkan parang ke (arah) mangsa.

“Tetakan tersebut ditepis oleh mangsa menggunakan tangan lalu menyebabkan mangsa terduduk. Suspek kemudian menghayunkan parang dan mengenai leher mangsa lalu dia meninggal dunia,” jelas Budi.

Selepas membunuh mangsa, suspek bertindak keluar dari rumahnya dan melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal miliknya manakala isteri mangsa meminta pertolongan.

“Pelaku melarikan diri dengan membawa parang yang digunakan untuk menetak mangsa. Buat masa ini, anggota polis sedang memburu suspek,” kata Budi. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker