Mahathir pergi Sabah kutuk Warisan

Mahathir pergi Sabah kutuk Warisan

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Parti Warisan (WARISAN) tidak memiliki kemampuan dan kekuatan jika mahu melaksanakan perubahan melalui Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, WARISAN tidak mempunyai calon yang cukup selain tetap dianggap parti berasal dari Sabah walaupun berjaya melebarkan sayap ke Semenanjung.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu berkata, WARISAN pada PRU15, kehilangan beberapa wakil rakyat sekali gus menggambarkan keadaan sebenar parti itu belum cukup kukuh untuk mencabar parti besar lain.

“WARISAN tidak cukup calon, ia masih baharu dan tidak dikenali di Semenanjung, hanya dikenali sebagai parti Sabah. Di Sabah pun ramai keluar WARISAN, apa yang WARISAN boleh buat, tiada,” katanya pada sidang media selepas melancarkan parti PEJUANG Sabah, hari ini.

Dr Mahathir mengulas kewajaran sama ada Gerakan Tanah Air (GTA) atau PEJUANG mahu bekerjasama dengan parti di Sabah, khususnya WARISAN bagi menentukan pembentukan kerajaan selepas PRU15 nanti.

Beliau menekankan GTA hanya mahu bekerjasama dengan pemimpin atau parti dianggapnya mempunyai kualiti diperlukan iaitu tidak berdepan tindakan undang-undang, tidak rasuah atau berdepan masalah lain.

Katanya, seperti di Sarawak, GTA boleh bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) jika ia mahu bersama dan menolak kerjasama dengan pihak lain.

WARISAN sebelum ini menyatakan, parti itu mahu menjadi ‘kingmaker’ pada PRU15 dengan bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah, Labuan dan 26 kerusi Parlimen di Semenanjung. BH

Mahathir pergi Sabah kutuk Warisan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker