Anwar yang rosakkan negara – Mahathir

#PRU15

Anwar yang rosakkan negara – Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata banyak kejayaan dilakukan ketika beliau menerajui kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan walaupun disifatkan sebaliknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjawab kritikan Anwar terhadap pentadbirannya, Dr Mahathir berkata ada beberapa perkara yang tidak dapat dilakukan ketika itu kerana kekangan tertentu.

“Takkan dia (Anwar) nak puji saya, dia yang rosakkan negara. Sebenarnya kita capai banyak kejayaan dalam 22 bulan itu tapi ada perkara dalam manifesto yang tidak boleh dilaksanakan kerana bercanggah dengan perlembagaan.

“Kita perlukan dua pertiga baru boleh melaksanakannya tapi kita tiada dua pertiga itu dan Anwar tidak menolong sama sekali.

“Dia hanya fikir mahu jadi Perdana Menteri saja. Konon dia banyak penyokong tapi mana dia penyokong itu bila kita tak cukup orang (sokongan),” katanya pada sidang media selepas melancarkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Sabah, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi PH dilaporkan menyalahkan Dr Mahathir di atas kegagalan kerajaan PH ketika diketuai oleh bekas perdana menteri itu.

Anwar berkata Dr Mahathir tidak berupaya membawa perubahan selepas PH memenangi PRU14 menyebabkan rakyat tidak puas hati.

Ketika diminta mengulas mengenai dirinya yang sekali lagi menjadi calon di kerusi Langkawi pada usia yang sudah lanjut, Dr Mahathir berkata ia bukan untuk mempertahankan Langkawi tetapi bagi menentukan agar GTA dapat menggantikan kerajaan sekarang yang disifatkannya banyak salah guna kuasa.

Katanya, beliau tidak peduli berapa umurnya dalam melakukan sesuatu terutama bagi menukar yang buruk kepada yang baik.

Mengenai janji parti lawan mahu menghapuskan tol lebuh raya, Dr Mahathir berkata tawaran itu tidak boleh dilaksanakan.

Beliau berkata, tol diperlukan untuk mendapatkan duit bagi menyelenggara, membaiki kerosakan atau membesarkan jalan kerana kerajaan tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai aspek berkenaan.

Katanya Gerakan Tanah Air (GTA) yang diketuainya tidak akan menawarkan manifesto seumpama itu, sebaliknya hanya menumpukan perkara yang boleh untuk dilaksanakan.

“Kita nak buat benda yang boleh buat, bukan nak hapuskan tol. Hapus tol, (nanti) jalan tak boleh dibaiki kerana kerajaan tak ada duit baiki jalan kerana semua duit diguna untuk bayar hutang,” katanya.

Mahathir turut mengulangi pendiriannya mengenai manifesto bukan kitab suci yang pernah disebutnya ketika dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini apabila ada perkara dalam manifesto gabungan itu tidak dilaksanakan.

Katanya manifesto bukan Al-Quran kerana apabila disebut kitab suci ia merujuk kepada kitab suci bagi umat Islam itu, sebaliknya manifesto adalah janji yang dibuat orang tertentu.

“Manifesto itu adalah hasil daripada orang tertentu buat janji, mereka bukan ahli politik tapi kadang-kadang kita mahu buat juga tapi tak boleh.

“Kita tak boleh hapus tol, kita perlu duit untuk baiki, untuk membesarkan jalan. Sebab itu saya kata manifesto bukan kitab suci. Kitab suci itu al-Quran. Takkan kita anggap manifesto setaraf dengan al-Quran,” katanya. BH

Anwar yang rosakkan negara – Mahathir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker