Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyifatkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memang layak untuk diangkat menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.

Penyandang kerusi Parlimen Bera itu berkata apa yang diperlukan oleh calon Parlimen Sungai Buloh itu ialah mendapatkan sokongan daripada parti dan Barisan Nasional (BN) serta menang pada Pilihan Raya Umum pada satu masa nanti.

“Ok, memang KJ (Khairy Jamaluddin) kata itu (hasrat jadi PM dan memimpin Umno) bukan untuk sekarang (tetapi) untuk masa akan datang.

“Memang dia layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang, kalau menang pilihan raya, dapat sokongan daripada parti, tentu sahaja KJ (Khairy Jamaluddin) salah seorang yang layak diangkat sebagai Perdana Menteri suatu masa nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama warga Parlimen Ayer Hitam di Kompleks Balai Orang Ramai, Taman Suria, Ayer Hitam, dekat Kluang hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden MCA yang juga penyandang kerusi Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Pengerusi Barisan Nasional Johor Datuk Hasni Mohammad dan juga Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ismail Sabri berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan penyandang kerusi Parlimen Rembau itu yang menyuarakan hasrat untuk memimpin Umno dan seterusnya menjadi Perdana Menteri satu hari nanti, dalam satu ceramah umum di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, malam tadi.

Khairy dipetik oleh media sebagai berkata sekiranya pengundi Sungai Buloh boleh mengundinya sekali gus memenangi kerusi parlimen itu, beliau bukan hanya akan membela nasib masyarakat di sana tetapi juga memimpin negara pada satu hari nanti.

– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker