Enam penggal Hadi jadi MP Marang, apa dia buat?

Enam penggal Hadi jadi MP Marang, apa dia buat?

PRU15 l Pengerusi BN Terengganu Ahmad Said berkata sudah tiba masanya pengundi di Parlimen Marang membuat perubahan selepas enam penggal diwakili Abdul Hadi Awang.

Menyasarkan presiden PAS itu, Ahmad berkata perubahan itu bagi mengelakkan nasib malang terus menghimpit penduduk Marang apabila tiada pembangunan dibawa ke situ, termasuk ketika Terengganu ditadbir PAS.

“Marang ini tidak bernasib baik walaupun dua kali (ia ditadbir oleh) menteri besar dari Marang,” katanya merujuk kepada Abdul Hadi dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang merupakan Adun Ru Rendang yang terletak dalam kawasan Parlimen Marang.

Abdul Hadi menjadi menteri besar pada 1999 hingga 2004 manakala Ahmad Samsuri selepas PAS kembali merampas negeri itu pada PRU lalu.

“Haji Hadi lima tahun dan sekarang (Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ) empat tahun lebih (mentadbir), apa mereka buat?” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui selepas bertemu dengan pengundi di Bukit Payung, Marang, semalam.

Dia mendakwa antara keluh-kesah yang dinyatakan pengundi kepadanya adalah berhubung isu rumah kos rendah di Marang.

Mengulas lanjut, Ahmad yang pernah mengetuai pentadbiran Terengganu pada 2008 hingga 2014 menyifatkan rakyat di Parlimen Marang dalam kerugian sepanjang di bawah pentadbiran PAS.

“Ada bangunan baru dibuat di Marang? Tak ada. Rugi orang Marang. Dia jadi ahli parlimen berapa penggal ada projek yang dibawa balik untuk Marang?

“Bila kita menang Marang, ia satu kejutan dan bermakna (maka) kita boleh minta pembangunan di Marang…special daripada perdana menteri.

“Insya-Allah, janji menang dulu,” katanya yang bertanding untuk kerusi Parlimen Kemaman dalam PRU kali ini. Mk

Enam penggal Hadi jadi MP Marang, apa dia buat?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker