Tok Mat perjelas sebab Khairy bertanding di Sungai Buloh

#PRU15

Tok Mat perjelas sebab Khairy bertanding di Sungai Buloh

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan langkah parti itu meletakkan Khairy Jamaluddin untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh kerana yakin dengan kemampuannya.

Berikutan itu, Mohamad yang juga calon Parlimen Rembau menegaskan, dakwaan parti mahu ‘menamatkan’ karier politik Khairy dengan meletakkan Menteri Kesihatan itu di kerusi berkenaan adalah tidak benar.

“Parti tiada niat untuk melenyapkan kepemimpinan KJ (Khairy) dengan cara meletakkan beliau bertanding di kerusi yang dulunya dimenangi PKR.

“Usahlah percaya cakap orang, khobar (khabar) saya nak tanam… parti nak tanam KJ lah… parti nak matikan KJ lah.

“Kalau kami nak tanam KJ, kami letakkan beliau di Bukit Bintang, tapi kita letakkan beliau di Sungai Buloh kerana itu dirasakan tempat yang terbaik, tempat yang lebih selamat daripada Tampin ataupun Port Dickson (Negeri Sembilan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam kempen BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Kampung Paroi, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Rembau dan penyandang kerusi Rembau dipertaruh untuk bertanding di Sungai Buloh yang disandang PKR selama tiga penggal.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata, Khairy juga calon layak untuk kerusi Sungai Buloh, mengambil kira pengundi di kawasan itu yang menerimanya.

“Pengundi-pengundi Sungai Buloh amat sukacita menerima beliau kerana mahukan calon Melayu. Saya yakin KJ boleh memenangi kerusi itu walaupun membabitkan persaingan banyak penjuru,” katanya.

Menurutnya, jumlah pengundi Melayu di Sungai Buloh lebih 66 peratus dan semangat pengundi di situ yang berkehendakkan calon Melayu juga amat tinggi.

“Jadi, jangan kita dengar cerita-cerita yang tidak betul (tentang kedudukan KJ),” katanya. HM

Tok Mat perjelas sebab Khairy bertanding di Sungai Buloh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker