PN Seperti ‘Naga Hilang Kepala’, Muhyiddin Bakal Hilang Sokongan Di Pagoh

#PRU15

PN Seperti ‘Naga Hilang Kepala’, Muhyiddin Bakal Hilang Sokongan Di Pagoh

Perikatan Nasional (PN) akan menghadapi masalah besar sekiranya mereka menang dua pertiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini kerana Presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin diramalkan bakal kalah di Pagoh.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Muhyiddin akan kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina kerana gabungan tersebut bersama dengan parti konservatif iaitu Pas.

“Saya rasa PN menghadapi masalah besar. Macam mana sekiranya dapat dua pertiga tetapi Muhyiddin kalah di Pagoh? Kita dah buat pelbagai kajian kepada semua pengundi. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, Muhyiddin menang kerana bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) dahulu.

“Dia (Muhyiddin) mendapat sokongan yang besar kira-kira 20,000 pengundi Cina di sana. Tetapi kali ini ramai pengundi Cina masih menyokong PH dan tidak bersedia untuk mengundi PN yang bersama dengan Pas.

“Sekiranya situasi ini berlaku, ertinya PN akan kehilangan ‘kepala’ seperti ‘naga tanpa kepala’. Adakah Azmin sedia menamakan Presiden Pas ataupun Faizal Azumu sebagai Perdana Menteri?” katanya pada satu sidang media yang berlangsung di Menara Dato Onn, hari ini.

Menurut beliau, imej Pas yang terlalu kuat dalam PN akan menyebabkan Muhyiddin hilang undi Cina di kawasannya sendiri.

“Sebab itu Muhyiddin dalam beberapa kenyataan, dia cukup takut apabila ada orang Pas mula bercakap soal syurga neraka dalam soal pilihan raya kali ini sehingga beliau terpaksa meminta maaf. Ertinya kebimbangan beliau, imej Pas terlalu kuat dalam menjadi parti yang mendalangi PN, menyebabkan dia akan kehilangan lebih besar undi Cina di kawasan dia sendiri.

“Jadi, kita akan berhadapan dengan apa yang disebutkan ‘naga tanpa kepala’ pada pilihan raya ini. Azmin perlu selesaikan perkara ini ataupun boleh isytihar dirinya sebagai perdana menteri,” katanya lagi.

Hari ini media melaporkan bahawa Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin bahawa gabungan tersebut akan memperoleh dua pertiga kerusi parlimen pada PRU ke-15.

Namun, gabungan itu menghadapi masalah besar kerana Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diramalkan akan kalah di tempatnya sendiri kerana hilang sokongan daripada masyarakat Cina. – UMNO Online

PN Seperti ‘Naga Hilang Kepala’, Muhyiddin Bakal Hilang Sokongan Di Pagoh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker