Resepi Cucur Badak, sempoi baq hang



Sebaran :


Resepi Cucur Badak

Masa Penyediaan: 30 minit,
Masa Memasak:30 minit,
Jumlah Hidangan:15

Resepi mudah cucur badak, juadah berbuka puasa yang agak popular dikalangan masyarakat Melayu, pastikan anda menggunakan kelapa yang segar bagi mendapatkan cucur badak yang sedap.



Tapi jangan pula diletakkan badak di dalam cucur ini, hanya nama saja badak, macam mana boleh dapat nama cucur badak kita pon tak berapa pasti, yang pasti badak mesti suka sebab dia terselamat.

Ok, jangan buang masa lagi, jom kita cuba buat cucur badak sempoi baq hang cepat-cepat untuk buka puasa nanti.

Bahan-Bahan:



Bahan-bahan utama:

1 Kilogram keledek(di lecek)
2 Cawan tepung gandum
1/2 Biji kelapa parut

Bahan untuk di giling :



10 biji cili kering
3 sudu besar udang kering
8 ulas bawang merah
3 batang serai
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 inci halia
1 inci kuncit
garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya,



Masukkan kelapa dan sedikit air.

Bila dah kering angkat dan sejukkan.

Gaulkan ubi keledek dengan tepung hingga sebati, kemudian bentukkan bulat2
isikan intinya dan dibulakan semula.



Panaskan minyak dan goreng hingga masak.

Jangan pula goreng sampai hangit nanti badak pun tak lalu nak makan.

Resepi Che Nom



Resepi Kuih Cara Berlauk, Sedap baq hang


Sebaran :


Leave a Reply