Muka Selebriti Ini Selepas Buat Pembedahan Plastik…Beza Memang Berbeza

Sebaran :

Muka Selebriti Ini Selepas Buat Pembedahan Plastik…Beza Memang Berbeza

Isu buat pembedahan plastik dalam kalangan selebriti dalam mahupun luar negara sudah menjadi satu kebiasaan, apatah lagi persaingan yang sengit dalam industri membuatkan ramai selebriti selesa untuk melakukannya.

Nak tahu selebriti mana yang lakukan pembedahan plastik dan transformasi wajah sebelum dan selepas pembedahan sangat berbeza, jom semak di bawah.

#1 Bella Hadid

Terdapat khabar angin yang menyatakan model popular ini melakukan pembedahan plastik tetapi Bella menepis berita tersebut dengan menyatakan dirinya takut untuk melakukan sebarang perubahan pada wajahnya.



Foto – Twitter/The Indian Express

#2 Cardi B

Penyanyi seksi ini jujur mengakui dirinya memang melakukan pembedahan plastik untuk membesarkan payudara dan punggungnya. Cardi B menyatakan dirinya telah lama mengidamkan untuk miliki punggung yang besar.

Foto – Pinterest/L’Officiel USA

#3 Hailey Bieber

Model jelita ini dikatakan melakukan pembedahan plastik pada bahagian bibir dan hidungnya, tetapi Hailey menepis berita tersebut dengan menyatakan ia perubahan tersebut berlaku kerana dirinya sudah meningkat dewasa.

Foto Pinterest/Vogue

#4 Kylie Jenner

Model dan usahawan berjaya ini mengakui dirinya melakukan pembedahan plastik di bahagian bibir, hidung, kening dan juga tulang pipi. Kylie menyatakan dengan melakukan pembedahan plastik tersebut membuatkan dirinya lebih berkeyakinan.

Foto – Cosmopolitan/Pinterest

#5 Khloe Kardashian

Sama seperti adiknya Kylie, Khloe juga melakukan pembedahan plastik di mukanya dan merasakan mukanya sangat teruk dan ia perlu melakukan sesuatu.



Foto – Pinterest/Toronto Sun

#6 Megan Fox

Aktres jelita dikhabarkan telah melakukan pembedahan plastik bagi membesarkan bibirnya agar nampak lebih seksi, tetapi Megan telah menepis berita tersebut yang ianya tidak benar sama sekali.

Foto – Life & Style/Insider

#7 Blake Lively

Aktres popular ini juga dikaitkan telah melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya, meskipun banyak khabar angin memperkatakannya aktres ini bertindak mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang respon tentang isu tersebut.

Foto – YouTube/Pop Sugar

#8 Kate Bosworth

Bintang filem popular ‘Superman Return’ ini dikatakan telah melakukan pembedahan plastik bagi mengecilkan hidungnya dan melakukan suntikan botox serta filler pada wajahnya. Melihat respon Kate, aktres jelita ini tidak mengesahkan atau menidakkan khabar angin tersebut.

Foto – InStyle/Rotten Tomatoes

Patutlah cantik dan seksi belaka mereka ini, agak-agak berapalah wang yang mereka belanjakan untuk pembedahan plastik tersebut.-Murai



Muka Selebriti Ini Selepas Buat Pembedahan Plastik…Beza Memang Berbeza


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Demi Nak Cantik, ‘Influencer’ Sanggup Buat Pembedahan Plastik 60 Kali Tapi Hasilnya…

[VIDEO] Ini Senarai Aktres Bollywood Tercantik Di Dunia, Menurut Pakar Bedah Plastik


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *