Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’

Sebaran :

Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu lalok

KOTA KINABALU: Polis melepaskan dua tembakan ke arah sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang berada bawah pengaruh dadah dan alkohol selepas dia cuba merempuh mereka di Beaufort, barat daya Sabah, semalam.

Sebelum kejadian, polis cuba menahan kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan, namun suspek berusia 57 tahun itu mengundurkan keretanya secara agresif dan cuba merempuh anggota polis.

Ketua Polis Beaufort Yusoff Zaki Yaacob berkata, polis melepaskan dua tembakan ke arah tayar belakang kereta untuk menghalangnya melarikan diri.



Katanya, suspek yang mempunyai rekod lima kesalahan jenayah itu diberkas setelah berlaku pergelutan.

Ketika disoal siasat, katanya, suspek mengaku dia panik apabila keretanya ditahan polis kerana dia baru sahaja mengambil dadah jenis metamfetamin dan minum sedikit arak.

Polis turut menjumpai pisau dan parang di dalam kereta suspek, kata Yusoff.

Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki tumbuk polis, conteng istana maut kemalangan


Sebaran :

Leave a Reply