Covid-19 : 12541 kes baharu , turun sedikit

Covid-19 : 12541 kes baharu , turun sedikit

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan sebanyak 12,541 kes Covid-19 hari ini.

Dalam catatan di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif jangkitan kini mencecah 893,323 kes.



BUAT hari keempat berturut-turut kes baharu COVID-19 melepasi lima angka dengan 12,541 kes baharu dilaporkan hari ini.

Penularan hari ini bagaimanapun rendah sedikit berbanding semalam yang mencatatkan rekod setakat ini dengan 13,215 kes.

Menerusi perkongsian di media sosial Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kira-kira 70 peratus kes masih dilaporkan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Tertinggi Selangor dengan 5,512 kes diikuti Negeri Sembilan (1,619 kes) manakala ketiga tertinggi, Kuala Lumpur dengan 1,542 kes.



Turut melaporkan kes yang tinggi hari ini ialah Johor dengan 609 kes, disusuli Melaka (575 kes), Kedah (458 kes) dan Sarawak (423 kes).

Perlis pula terendah dengan tujuh kes manakala negeri-negeri lain yang sudah memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti Pahang mencatatkan 382 kes manakala Pulau Pinang melaporkan 376 kes.

Terengganu pula mencatatkan tiga angka dengan 102 kes dan Kelantan 225 kes.

Baca artikel berkaitan: Makin naik! 13,215 kes baharu, Selangor lebih 6,000



Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 5,512 (312,606)
WPKL – 1,542 (95,878)
Johor – 609 (77,245)
Sabah – 326 (73,832)
Sarawak – 423 (70,651)
Negeri Sembilan – 1,619 (58,978)
Pulau Pinang – 376 (38,179)
Kelantan – 225 (37,201)
Kedah – 458 (31,153)
Perak – 299 (30,414)
Melaka – 575 (24,194)
Pahang – 382 (17,787)
Terengganu – 102 (12,353)
WP Labuan – 24 (9,355)
WP Putrajaya – 62 (2,876)
Perlis – 7 (621)

BERITA PENUH MENYUSUL

Covid-19 : 12541 kes baharu , turun sedikit




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki tumbuk polis, conteng istana maut kemalangan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker