Universiti awam kurangkan yuran pelajar sehingga 35%

Universiti awam kurangkan yuran pelajar sehingga 35%

BAGI meringankan beban yang dihadapi pelajar, semua universiti awam telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuk pengurangan yuran di antara purata 10 sehingga 35 peratus bermula semester kedua Sesi Akademik 2019/2020 hingga hari ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, ia termasuk pengurangan yuran perkhidmatan, yuran asrama, yuran konvokesyen dan yuran aktiviti kolej.



Menurut KPT, pengurangan yuran bagi semester kedua Sesi Akademik 2019/2020 untuk semua pelajar warganegara Malaysia itu melibatkan peruntukan sebanyak RM75 juta yang mana RM20 juta merupakan peruntukan tambahan kerajaan dan RM55 juta lagi menggunakan sumber dalaman universiti awam.

Katanya, semester pertama Sesi Akademik 2020/2021 pula menyaksikan pengurangan yuran sebanyak RM70.2 juta manakala RM40.5 juta untuk semester kedua Sesi Akademik 2020/2021.

“KPT sentiasa mendengar dan memahami keluh kesah ibu bapa dan pelajar yang terkesan sepanjang setahun pandemik COVID-19 ini.

Baca artikel berkaitan: Keputusan permohonan lepasan SPM memasuki universiti diketahui esok



“Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) melalui surat edaran bertarikh 22 Mac lalu telah meminta universiti awam agar memberikan kelonggaran dan pertimbangan sewajarnya terhadap tuntutan bayaran yuran terutama kepada pelajar terjejas dan menghadapi masalah kewangan.

“Inisiatif ini telah melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan berjumlah RM185.7 juta bagi manfaat 386,132 pelajar bagi ketiga-tiga semester,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

KPT berkata, langkah-langkah yang telah diambil itu memperlihatkan keprihatinan kerajaan dalam menangani bebanan kewangan yang dihadapi pelajar dan ibu bapa.

Kata kementerian itu, KPT juga berpandangan kadar pengurangan yang dinyatakan adalah munasabah memandangkan 20 universiti awam terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi.



“Kos operasi tinggi dengan menggunakan sumber peruntukan dalaman universiti susulan penurunan penjanaan pendapatan menerusi yuran pelajar selain pengurangan peruntukan mengurus oleh kerajaan berikutan pandemik yang dihadapi kini,” jelas kementerian itu. Utv

Universiti awam kurangkan yuran pelajar sehingga 35%


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Lelaki tumbuk polis, conteng istana maut kemalangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker