Ekonomi Malaysia dijangka lebih sederhana – StanChart

Ekonomi Malaysia dijangka lebih sederhana – StanChart

Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia akan lebih sederhana tahun ini, dengan jangkaan permintaan luaran yang berkurangan disebabkan oleh langkah memperketatkan dasar bagi membendung tekanan inflasi.

Ketua Ekonomi ASEAN dan Asia Selatan Standard Chartered Bank (StanChart) , Edward Lee, berkata 2023 bakal menjadi tahun mencabar bukan saja kepada Malaysia tetapi global dengan unjuran KDNK dunia yang lebih perlahan.

Beliau berkata, KDNK Malaysia dijangka terus berkembang sekitar 4 peratus pada 2023, sebahagian besarnya disebabkan oleh kesan asas yang tidak menggalakkan.

Katanya, walaupun Malaysia mencatatkan pemulihan KDNK yang pantas sekitar 8.8 peratus pada 2022, unjuran pada tahun ini masih dianggap kukuh di tengah-tengah persekitaran yang mencabar.

“Perkembangan ekonomi Malaysia juga akan disokong oleh pemulihan dalam beberapa sektor utama seperti pembinaan serta makanan dan minuman yang ketika ini masih di bawah paras sebelum COVID-19.

“Selain itu, langkah China membuka sempadan dilihat dapat membantu pemulihan sektor pelancongan, di mana sektor ini adalah antara penyumbang utama KDNK negara.

“Pasaran buruh yang sihat harus menyokong pertumbuhan gaji dan perbelanjaan isi rumah serta kedudukan Malaysia yang kekal sebagai penerima manfaat trend penempatan semula rantaian bekalan,” katanya ketika taklimat media unjuran ekonomi Standard Chartered Bank di sini hari ini.

Lee berkata, walaubagaimanapun, permintaan luar mungkin lebih lemah, manakala kitaran segmen elektrik dan elektronik berkemungkinan sudah mencapai puncak sekaligus memberi impak kepada prestasi eksport negara.

Beliau berkata, kos pembayaran hutang yang lebih tinggi akibat kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan inflasi juga boleh menjejaskan kuasa perbelanjaan sebenar.

Katanya, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka melaksanakan sekali lagi kenaikan OPR pada separuh pertama 2023 kepada 3.25 peratus daripada 2.75 peratus pada akhir 2022 untuk menangani risiko permintaan dan inflasi.

“Inflasi keseluruhan mungkin lebih rendah sedikit pada 3.1 peratus pada 2023 daripada 3.4 peratus pada 2022. Kami merasakan perubahan kepada subsidi bersasar bahan api akan mula dilaksanakan pada separuh kedua ini.

“Jika hanya 20 peratus pengguna RON95 disasarkan, kami menganggarkan inflasi utama akan meningkat hanya 0.9 peratus pada asas tahunan.

“Secara keseluruhannya, risiko inflasi kekal meningkat, dengan tekanan inflasi menyeluruh, kos perkhidmatan yang melonjak dan harga import yang masih tinggi,” katanya. BH

Ekonomi Malaysia dijangka lebih sederhana – StanChart

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker