Pan Borneo pada tahap 85 peratus, dijangka siap awal 2023 – Ismail

Pan Borneo pada tahap 85 peratus, dijangka siap awal 2023 – Ismail

PROJEK Lebuh Raya Pan Borneo bernilai RM16.1 bilion yang dilancarkan pada bulan Mac 2015, kini berada pada tahap 85 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga akan meneruskan Fasa 2 Projek Sarawak Sabah Link Road (SSLR) yang akan menghubungkan Miri ke Limbang dan Lawas tanpa perlu melalui Brunei.

Katanya, Projek Fasa 2 SSLR dari Simpang Gelugus ke Long Lopeng di Lawas ini, akan menghubungkan Mulu hingga Long Merarap sejauh 326km dengan kos RM7.68 bilion. Pembinaannya dijangka bermula awal tahun depan.



“Kerajaan turut menambah baik jaringan jalan raya sedia ada antara Miri ke Limbang dan Lawas melalui Brunei di bawah Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB), melibatkan kerja-kerja naik taraf sepanjang 96.351km bagi tempoh tiga tahun dengan kos berjumlah RM2.93 bilion.

“Ini akan menjadi pemangkin pembangunan sosioekonomi setempat kerana Lebuh Raya Pan Borneo mula memberi impak positif dan limpahan ekonomi kepada Keluarga Malaysia yang berniaga di Pasar Tamu Simpang Bekenu,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Keluarga Malaysia peringkat Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pembangunan negeri Sarawak sentiasa diutamakan dan ini terbukti dengan peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM4.55 bilion yang disediakan Kerajaan Persekutuan di bawah Rolling Plan Kedua tahun 2022, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).



Selain itu, katanya, bagi menjamin keselesaan dan kemudahan generasi masa hadapan, peruntukan sebanyak RM5.77 bilion telah disediakan di bawah RMKe-12 bagi membangunkan dan menaik taraf sekolah serta institusi pendidikan di Sarawak.

Jelas Perdana Menteri, daripada 409 buah projek pembangunan baharu dan sambungan, sebanyak 111 buah projek kini siap sepenuhnya, 109 buah projek di peringkat pelaksanaan atau pembinaan dan 189 buah projek berstatus prabina.

“Peruntukan sebanyak RM2.16 bilion juga turut disediakan bagi menampung 361 buah projek menaik taraf dan membangunkan semula sekolah yang mempunyai bangunan daif.

“Sebanyak 203 buah projek telah siap, 68 buah projek di peringkat pembinaan manakala bakinya dalam peringkat prabina,” jelasnya.



Sementara itu, kata Ismail Sabri, bagi sektor kesihatan pula, sebanyak enam projek pembinaan hospital dan klinik dilaksanakan di Sarawak, melibatkan tambahan bangunan, kelengkapan perubatan serta kuarters.

Sehingga kini, katanya, Hospital Sri Aman telah pun siap, manakala lima buah projek lagi yang melibatkan kos sebanyak RM695.5 juta di Miri, Mukah, Kuching dan Serian, dijangka siap tahun depan.

“Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) turut menyediakan peruntukan sebanyak RM13.4 bilion bagi pembangunan prasarana dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia Sarawak,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak juga komited dalam menyediakan kemudahan jalur lebar (internet) kepada rakyat negeri ini melalui Program Jalinan Digital Negara (atau JENDELA).

Bagi maksud ini, katanya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.09 bilion di bawah RMKe-12 untuk memastikan capaian jalur lebar secara menyeluruh kepada Keluarga Malaysia di Sarawak menjelang 2030.

“Baru-baru ini satelit kelapan negara, MEASAT-3d dengan kos sekitar RM1.2 bilion telah dilancarkan bagi meningkatkan kelajuan capaian internet sedia ada, sekaligus merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

“Inilah antara tanda keprihatinan dan inisiatif kerajaan kepada rakyat di negeri ini. Kerajaan berharap selepas ini tiada lagi Keluarga Malaysia yang terpaksa memanjat pokok atau berkhemah di atas bukit semata-mata mencari liputan internet,” jelasnya. Utv

Pan Borneo pada tahap 85 peratus, dijangka siap awal 2023 – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker