Arca Dasar Laut Kini Lokasi Wajib Kunjung Jika Ke Langkawi ‘Ibarat Galeri Seni Dalam Air’ [VIDEO]

Arca Dasar Laut Kini Lokasi Wajib Kunjung Jika Ke Langkawi ‘Ibarat Galeri Seni Dalam Air’ [VIDEO]

LANGKAWI kini menjadi destinasi pelancongan popular yang tidak hanya tertumpu pada pelancong tempatan, malah pelancong asing dari serata dunia.

Keindahan dasar laut dan pulau-pulau kecil di sekitar Langkawi juga menarik perhatian penyelam skuba melakukan aktiviti.

Tarikan baharu di pulau legenda ini sudah tentulah Arca Dasar Laut yang berkonsepkan mitos dan legenda, yang dilabuhkan ke dasar laut di perairan Pulau Pasir.



Arca Dasar Laut yang merupakan sebahagian daripada Program Pelancongan Berasaskan Komuniti, dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri pada 23 Julai lalu.

Nancy (tengah) bersama yang lain melakukan aktiviti menyelam skuba. foto ihsan Balai Seni Negara

Nancy berkata, arca dasar laut merupakan elemen visual baharu dalam penciptaan konten dan kehebatan cerita tentang mitos legenda Langkawi dengan hasil kreativiti penggiat seni tempatan.



“Arca dasar laut ini juga akan menjadi perumah baharu kepada ekologi marin seterusnya mewujudkan jaringan kelestarian kepada kehidupan marin, komuniti setempat dan pelancongan Langkawi,” katanya.

Dianjurkan oleh Balai Seni Negara, Program Pelancongan Berasaskan Komuniti Arca Dasar Laut ini merupakan salah satu usaha memperkasakan ekosistem seni dan pelancongan negara.

Nancy menandatangi plak perasmian di Pulau Pasir, Langkawi. foto ihsan Balai Seni Negara



Program ini mendapat kerjasama Marine Research and Excellent Centre (MAREC) UiTM Perlis, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Kedah, Geopark Langkawi, Jabatan Perikanan Malaysia, Pejabat Tanah Daerah Langkawi dan Polis Marin Langkawi.

Program ini juga telah mendapat tajaan daripada pihak Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan juga LADA.

Sentuhan artis tempatan

Terdapat 14 arca kesemuanya yang dihasilkan oleh sembilan artis tempatan yang berpengalaman.

Percayalah, ia bukan sekadar menjadi aktiviti wajib bagi penyelam skuba, bahkan sesiapa sahaja yang berkunjung ke Langkawi termasuk peminat seni.



Jeti di Pengkalan Kubang Badak untuk menaiki bot ke Pulau Pasir.

Di luar kebiasaan, anda tidak lagi hanya menerokai batu karang dan hidupan di dasar laut, tetapi juga menghargai karya agung penggiat seni tempatan.

Selam skuba atau snorkeling

Perjalanan ke Pulau Pasir dari Pengkalan Kubang Badak pula tidak mengambil masa lama dengan menaiki bot iaitu lebih kurang 20 minit.



Arca separa tenggelam yang boleh dilihat di Pulau Pasir.

Kesemua arca ini dilabuhkan di dua lokasi berbeza dekat Pulau Pasir, dan memberi pilihan kepada anda sama ada mahu melakukan aktiviti selam skuba atau snorkeling.

Sebahagian arca ditenggelamkan di dasar laut, sekali gus mencetuskan suasana misteri tapi mengujakan dalam meninjau arca-arca unik dan kreatif.



Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti snorkeling, terdapat juga arca yang dilabuhkan di perairan lebih cetek di kawasan persisir pantai di Pulau Pasir.

Salah satu arca yang unik.

Jika anda tidak mahu melakukan aktiviti selam skuba atau snorkeling pun tidak mengapa. Ini kerana anda masih berpeluang melihat sendiri sebahagian arca yang dilihat separa tenggelam.

Keindahan panorama

Hanya duduk di bot, anda masih boleh merasai pengalaman arca dasar laut ini tanpa perlu turun ke laut.

Nancy meninjau salah satu arca di dasar laut. foto ihsan Balai Seni Negara

Sambil anda meninjau setiap arca, anda juga dapat menikmati keindahan persekitaran yang menghijau, burung-burung berterbangan dan ikan-ikan berenang di perairan.

Pilihan di tangan anda, apa yang pasti ia tetap menyeronokkan!

Selain selam skuba, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti snorkeling.

Melibatkan arca dengan saiz minimum lima kaki setiap satu, antara artis yang terlibat dalam program itu adalah Mohd Al Khuzairie Ali menerusi karya Sang Kelembai Meletus, Mohd Radzi Ismail (Belanga Pecah), Ahmad Fuad Osman (Tugu Antroposen), Umibaizurah Mahir @ Ismail (Permata Hinggap) dan Dr Zainuddin Abindinhazir @ Abd Rashid (Hukuman).

Selain itu adalah karya Tengku Sabri Tengku Ibrahim berjudul Archelon, Abdul Multhalib Musa (Segitiga Langkawi), Low Chee Peng (Curse of Passing) dan Maxine Xie Xian Xin (Mushrooms For MuchRooms To Let).

Pengunjung juga boleh meninjau arca dari atas bot.

Penghasilan arca-arca berkonsepkan mitos dan legenda Langkawi ini bermula pada Disember 2021 di Pengkalan Kubang Badak dan kemudian dilabuhkan di sekitar perairan Pulau Pasir pada 2 Jun 2022.

Catat rekod

Menariknya, Program Pelancongan Berasaskan Komuniti Arca Dasar Laut ini tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas diiktiraf sebagai ‘Most Underwater Sculptures‘ melalui penghasilan 14 arca.

Panorama indah dari Pulau Pasir.

Sama ada aktiviti selam skuba, snorkeling atau meninjau dari bot atau tepi pantai, anda akan merasai pengalaman yang berbeza tetapi bernilai tinggi.

Jadi, pastikan Arca Dasar Laut ini menjadi lokasi wajib untuk anda kunjungi apabila ke Langkawi. Mengujakan, ibarat anda berkunjung ke galeri seni dalam air!

Maklumat lanjut mengenai program ini, layari laman web www.artgallery.gov.my atau ikuti laman sosial rasmi Balai Seni Negara.

Arca Dasar Laut Kini Lokasi Wajib Kunjung Jika Ke Langkawi ‘Ibarat Galeri Seni Dalam Air’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker