Pelajar Tingkatan Satu Dan Rakan Dicekup Kerana Curi Wang Tabung Surau

Pelajar Tingkatan Satu Dan Rakan Dicekup Kerana Curi Wang Tabung Surau

AMPANG JAYA: Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Seri Kembangan, di sini dan rakannya dicekup polis selepas disyaki terlibat mencuri tabung di sebuah surau di Taman Keramat Permai, dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu disedari seorang jemaah surau yang berusia 68 tahun apabila melihat tabung itu tertanggal dari kedudukan asal di bahagian ruangan solat wanita.

Katanya, jumlah kerugian dialami sebanyak RM30 dan pengadu kemudian tampil membuat laporan polis.

“Bertindak atas laporan itu, polis menahan dua lelaki tempatan yang berusia 13 dan 21 tahun kira-kira pukul 10 malam, di Jalan 6/10, Tasek Tambahan, Ampang Jaya.

“Siasatan mendapati suspek pertama masih lagi bersekolah dan seorang lagi suspek tidak bekerja,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

“Modus operandi suspek adalah mensasarkan tabung duit derma dalam surau,” ujarnya.

Beliau memberitahu, kedua-dua mereka direman empat hari bermula Ahad.

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain.

Seksyen 380 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sementara Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 pula memperuntukan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. AA

Pelajar Tingkatan Satu Dan Rakan Dicekup Kerana Curi Wang Tabung Surau

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker