Resepi asam pedas ekor terangkat

Sebaran :

Resepi asam pedas ekor terangkat

Dah selalu kena sup ekor, apa kata kena asam pedas ekor pulak.

Biasanya masakan asam pedas popular menggunakan ikan, apa kata kali ini tukar kepada ekor. Sedap dimakan dengan nasi panas bersama telur dadar. Pasti makan bertambah.

Pastikan bila beli ekor tu, beli yang fresh baru sedap dimakan, kalau beli yang sejuk beku dah berbulan rasanya dah tak berapa nak terangkat dah.



Jom lihat cara menyediakan resepi ini dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN:

500 gm ekor-rebus
10 batang bendi muda
2 biji tomato-belah 4
2 tangkai daun kesum
3 batang serai-ketuk
5 sudu besar cili kisar
1 sudu besar asam jawa
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:



6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu kecil lada hitam
Secubit belacan

BAHAN TUMIS:

3 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
1 tangkai daun kari

CARA:



1.Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan-bahan tumis, tumis hingga naik bau.

2.Kemudian masukkan bahan kisar halus, kacau rata dan masak hingga naik wangi. Gunakan api kecil dan kacau selalu.

3.Setalah itu masukkan, serai dan daun kesum. Gaul rata.

4.Masukkan pula serbuk lada hitam.

5.Tambahkan air asam jawa dan sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih.

6.Masukkan bendi dan tomato. Garam secukup rasa.

7.Akhir sekali masukkan ekor yang telah direbus. Gaul sebati. Tunggu sehingga mendidih dan angkat.

Resepi asam pedas ekor terangkat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Sandwich Tuna Pedas


Sebaran :

Leave a Reply