Resepi nutella cheese tart memang sedap

Sebaran :

Resepi nutella cheese tart sedap

Nampaknya ada lagi resepi guna nutella untuk peminat tegar

Bagi penggemar coklat, resepi nutella cheese tart ini wajib anda cuba. Memang sedap dan mudah disediakan. Jom lihat bahan dan cara penyediaan.

BAHAN KULIT TAT



125 gm mentega
150 gm tepung gandum
35 gm gula aising
Secubit garam

BAHAN KRIM

200 gm krim keju
120 gm gula aising
100 gm krim putar bukan tenusu
Sedikit perahan lemon
Sedikit esen vanila

BAHAN HIASAN



Sedikit nutella
Sedikit cip coklat

CARA

1.UNTUK KULIT TAT : Pukul semua bahan untuk kulit tat di dalam pengadun dan canaikan di dalam loyang tat saiz 7 inci.

2.Sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit dan kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 30 minit.



3.UNTUK KRIM : Pukul semua bahan krim sehingga sebati dan paipkan di atas kulit tat yang telah sejuk.

4.Paipkan nutella di atasnya dan taburkan cip coklat.

Resepi oleh Yusra Ismail

Resepi nutella cheese tart sedap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi asam pedas ekor terangkat


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *