“Timun Cina Kelate Sedap Lagi..”Gelagat Pemuda UK Cakap Loghat Kelantan Makan Tembikai Buat Netizen Terhibur [VIDEO]

“Timun Cina Kelate Sedap Lagi..”Gelagat Pemuda UK Cakap Loghat Kelantan Makan Tembikai Buat Netizen Terhibur [VIDEO]

Sejak beberapa hari yang lepas, viral berkenaan dengan seorang pemuda yang bercakap dalam loghat Kelantan. Pemuda berkenaan yang pada ketika ini berada di United Kingdom ada memuat naik beberapa buah video berkenaan dengan aktiviti yang dilakukan di channel You Tube miliknya iaitu Aiman Kecek Kelate.

Aiman ini merupakan pemuda kacukan Melayu English. Sebelum ini dia sudah menetap di Pulau Perhentian selama 4 tahun. Kemudian dia pulang ke UK bagi menziarahi ibunya namun tidak dapat pulang kembali ke Malaysia kerana COVID-19.

Pemuda tersebut yang dikenali sebagai Aiman Nasir atau Aiman Wynne merupakan kacukan Melayu English dan dipercayai ayahnya berasal dari Kelantan manakala ibunya dari UK. Aiman juga dipercayai menetap selama empat tahun di Malaysia sehingga bekerja sebagai budak pantai (beach boy) di Pulau Perhentian.

“Saya kerja di kedai makan ini dah lama. Saya mula kerja di restoran ini ketika umur saya 14 tahun,” katanya menerusi video berdurasi 17 minit 16 saat itu yang memaparkan dia berjalan kaki menuju ke tempat kerjanya iaitu sebuah kedai makan di UK.



Rata-rata pengguna di laman YouTube kagum dengan kefasihannya bercakap dalam loghat Kelantan walaupun kini sudah berada di UK bagi menziarahi ibunya dan menyokongnya untuk terus membuat video.

Menurut Razzrio Mix Channel, dia berasa bangga melihat orang luar negara fasih bercakap dalam loghat Kelantan.

“Saya rasa teruja ada orang luar negara pandai cakap loghat Kelantan. Terbaik boh, teruskan buat video,” puji pengguna itu.

Seorang pengguna bernama Zam Salis berkata, secara tidak langsung, perkara sebegini dapat mempromosi budaya Malaysia di luar negara.



Disebabkan tiada apa yang boleh dilakukan di sana, jadi dia mula membuat channel You Tube. Video pertama yang dimasukkan kira-kira 3 bulan yang lepas. Dan videonya kini sedang viral di TikTok mungkin disebabkan cara atau loghat Kelantannya yang fasih dan melucukan.

Sambil menggelengkan kepalanya dia memberitahu lagi ” Timun cina Kelate sedap lagi. Boleh makan, tapi dok sedap“.

VIDEO DIBAWAH:-

Mula viral di aplikasi TikTok, video di akaun YouTube miliknya kini menjadi perhatian netizen. Ekoran itu ramai yang menyokong dan meminta Aiman membuat lebih banyak video lagi.

We need more…

Best tengok…



Sumber : You Tube Aiman Kecek Kelate

“Timun Cina Kelate Sedap Lagi..”Gelagat Pemuda UK Cakap Loghat Kelantan Makan Tembikai Buat Netizen Terhibur [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Influencer Bawa Pam Susu Payudara Semasa Lalu Karpet Merah Festival Filem



[VIDEO] YouTuber India ‘Terbangkan’ Anjing Dengan Belon Helium Ditahan Polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker