[VIDEO] YouTuber India ‘Terbangkan’ Anjing Dengan Belon Helium Ditahan Polis

SEORANG YouTuber dari Delhi, India ditahan kerana didakwa melakukan kekejaman haiwan.

Gaurav John bertindak mengikat belon helium pada badan anjing peliharaannya yang bernama Dollar dan melepaskan belon tersebut sehingga haiwan itu ‘melayang’ ke udara.

VIDEO DIBAWAH:-

Malah Gaurav turut merakam insiden berkenaan dan memuat naik video di saluran YouTube miliknya, ‘GauravZone’.

Gaurav menerima kecaman hebat daripada pengguna media sosial di atas tindakan yang disifatkan sebagai kekejaman haiwan

Persatuan haiwan membangkitkan mengenai isu berkenaan dan satu laporan polis terhadap Gaurav turut dilakukan di mana dia ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Kekejaman Haiwan.

Gaurav kemudian memadam video kontroversi tersebut dan mengemukakan permohonan maaf di atas tindakannya.

Namun YouTuber itu dalam masa yang sama mendakwa dia sudah mengambil langkah keselamatan ketika melakukan aksiberkenaan. – Indiatoday

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker