Umum PKP, Sarawak bagi bantuan RM1. 4b kepada rakyat

Sebaran :


Sarawak umum RM1.4 bilion pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang

KUCHING: Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan bantuan bernilai RM1.4 bilion bawah pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0.

Ketua Menteri Abang Johari Openg berkata, ia meliputi 15 inisiatif: sembilan bantuan bayaran sekaligus dan bayaran bulanan kepada petugas barisan hadapan, sektor terjejas, peniaga kecil dan golongan B40 selain enam jenis diskaun.



Beliau berharap, bantuan kewangan itu akan membantu rakyat Sarawak yang terkesan dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), yang diumumkan semalam.

“Kerajaan Sarawak sentiasa memikirkan langkah-langkah yang terbaik dalam melaksanakan inisiatif bagi membantu meringankan beban rakyat.

“Kerajaan Sarawak juga mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat agar terus terpelihara. Saya bersama dengan rakan-rakan dalam GPS akan terus menyumbang bakti dan memberi khidmat demi Sarawakku Sayang,” katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia, di sini.



Sebaran :

Leave a Reply