UMNO vs PPBM, Dari sisi pandang..

 

 

Kenapa Saya tulis pemerhatian ini. Sebab Saya bukan Ahli-Ahli mana Parti, dan tulis Sebagai pihak ketiga. Ahli-Ahli Parti UMNO atau PPBM mungkin kecenderungan untuk memihak.

Post ini tidak sentuh dengan PAS. Lain kali Saya buat posting tentang pemerhatian Saya tentang PAS.
Kalau tak mahu baca, lompat je ya , jangan Nanti kata hal rumah tangga orang luar seperti Apek Cina Jangan campur tangan.

1.) Kemenangan UMNO BN dan PPBM PN di Sabah.

– banyak kerusi yang dipertandingkan oleh PPBM adalah kerusi selamat UMNO sebelum YB-YB UMNO keluar dan masuk PPBM selepas PRU 18
– UMNO tidak lawan kerusi- kerusi tersebut, justeru kadar kemenangan adalah tinggi.
– Tempat yang UMNO kalah ada yang berpenjuru dengan sekutu PBS. Ertinya undi selamat BN telah dipecahkan oleh PN.
– Maksudnya, Kalau BN tanding sekali di kerusi PN, maka PPBM mungkin tidak dapat sebanyak sekarang.

2.) Bahpun UMNO ada baik dan tak baik, UMNO adalah Parti lama, jasa dia boleh dirujuk balik sejak sebelum kemerdekaan.

– Rakyat yang membencikan Parti yang hancing, yang tipu, yang U Turn, yang menyusahkan ekonomi Negara, yang nak buka Negara kepada pelancong China sewaktu Covid melanda Negara itu, yang menghina ATM dan PDRM,

Strategi kerjasama politik Umno di Sabah tidak menguntungkan – Tok Mat

Akan menyokong Parti yang lawan.

– Dengan ini, kira jasa dan sejarah, UMNO adalah pilihan mereka Kalau berbanding dengan PPBM
– Orang mungkin kata UMNO masih ada DS Najib yang disabit hukuman. Tetapi memandang fenomena bossku yang kuat Sekarang, dipercayai bahawa rakyat-rakyat masih ingat Jasa DS Najib lebih daripada keburukan
( orang PPBM Jangan marah, Saya cakap pemerhatian Saya sahaja, Kalau tak setuju, Saya Mohon maaf dulu , Sebab ni page saya dan Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara )

3. ) Rakyat sokong TS Muhyiddin kerana beliau melawan Covid dengan cara luar biasa. Fenomena Tok Abah bolelah cover sokongan untuk beberapa kerusi.
Kesimpulanya:

Kalau lawan 3 penjuru di kawasan Melayu, UMNO vs PPBM vs PH , peluang UMNO untuk menang adalah tinggi

Kalaulah lawan 3 penjuru Di kawasan Melayu, dimana Calon PPBM adalah orang lama UMNO seperti Larut dan Mersing, maka peluang PPBM menang adalah lebih tinggi memandangkan rekod perkhidmatan calon tersebut.

Apek Cina @ Zee How Tai

Muafakat Nasional boleh menang PRU15 jika satu lawan satu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker